trending_flat

KEMPEN BETUL-BETUL FREE ROAD TAX POLICYSTREET MEMANFAATKAN SEPULUH KALI GANDA RAKYAT MALAYSIA PADA 10 OKTOBER INI

Perbaharui insurans kereta anda dengan PolicyStreet pada 10-11 Oktober dan nikmati cukai jalan PERCUMA untuk kereta dengan kapasiti enjin bawah 1600cc, serta diskaun bagi cukai jalan untuk kereta dengan kapasiti enjin 1600cc dan ke atas. KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Insurans kereta anda hampir tamat tempoh tetapi gaji belum masuk? Jangan risau! Kempen Betul-Betul FREE Road Tax PolicyStreet kembali untuk kali ketiga pada 10-11 Oktober ini, bermula dari 10 pagi hingga 10 malam. Bersempena dengan 10 Oktober (10.10), iterasi ketiga kempen ini menawarkan sepuluh kali ganda manfaat berbanding yang pertama, daripada 500 kepada 5,000 rakyat Malaysia, memberikan lebih ramai orang peluang untuk mendapat manfaat daripada promosi ini. Sepanjang promosi kilat, 5,000 rakyat Malaysia pertama yang memiliki kereta dengan kapasiti enjin di bawah 1600cc boleh menikmati cukai jalan PERCUMA. Sementara itu, pemilik kereta dengan kapasiti enjin 1600cc dan ke atas akan menikmati […]

trending_flat

LEBIH 500 PESERTA SERTAI MPIOC 2024

Sumber Gambar: https://www.instagram.com/polisas_official/ KUANTAN, 6 Oktober 2024 – Seramai 524 peserta dari Malaysia dan negara luar iaitu Indonesia, Jepun, Singapura, Perancis, Chinese Taipei dan SAR Hong Kong menyertai Malaysian POLYCC International Orienteering Championship (MPIOC 2024) | World Ranking Event | The 4th Series Asean League bagi dua kategori utama dipertandingkan serta kategori pelajar sekolah. Seramai 288 peserta direkodkan bagi kategori utama World Ranking Event (WRE) dan National Ranking Event (NRE) manakala baki 236 lagi merupakan peserta bagi kategori pelajar sekolah menengah dan rendah. MPIOC 2024 merupakan anjuran Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) dan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan kerjasama daripada Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSP), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS), Persatuan Sukan Orienteering Malaysia (PESOM) dan Persatuan Sukan Orienteering Pahang (POSAS), yang berlangsung selama dua hari bermula semalam, bertempat di POLISAS. Kejohanan ini turut mendapat […]

trending_flat

Budaya ‘cosplay’ dalam kalangan remaja Islam: Antara minat dan hukum

Oleh: Dr. Ariyanti Mustapha  Dinamisme berfesyen dalam kalangan wanita sering mengalami perubahan sejajar dengan perkembangan zaman, masa, dan teknologi yang sentiasa berkembang. Perkembangan dalam berfesyen pada hari ini bukan sahaja diminati oleh golongan berkerjaya dan remaja, tetapi juga oleh perkembangan dalam penggunaan media sosial dan TikTok yang telah membawa pengaruh besar kepada dunia fesyen dalam kalangan remaja. Interaksi sosial dari pelbagai budaya, agama, dan cara hidup melalui perkembangan media sosial telah membawa paradigma dalam perubahan fesyen dan minat dalam kalangan remaja. Penulisan kali ini akan mengupas trend remaja pada masa kini yang sangat meminati watak-watak animasi dalam manga Jepun yang diterjemahkan melalui pemakaian baju yang dinamakan sebagai ‘Cosplay’.  Perkataan ‘Cosplay’ merupakan singkatan daripada perkataan “costume play” dalam bahasa Inggeris atau Kosupure dalam bahasa Jepun yang diperagakan dengan pelbagai jenis pakaian yang menggambarkan watak-watak yang diilhamkan daripada Manga (Komik Jepun), anime […]

trending_flat

Semangat maulid perbaharui cinta kita kepada Rasulullah, senjata perangi ajaran sesat

Oleh: Rusli Abdul Roni Sempena-maulid-Nabi-SAW-mari-kita-menilai-kembali-kecintaan-kita-kepada-apa-yang-sebenarnya-dibawa-oleh-Rasulullah-SAW-Mataq-Darul-Ulum-Unsplash.jpg Setiap kali bulan Rabiulawal tiba, umat Islam di seluruh dunia menyambut tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW dengan penuh makna, kegembiraan, dan kesyukuran menjadi umatnya. Rutin tahunan ini adalah momen penting untuk memperbaharui cinta kita kepada junjungan agung, Baginda Rasulullah SAW, serta memperkukuhkan kefahaman kita terhadap ajaran Baginda. Namun, di sebalik kegembiraan ini, terdapat cabaran yang tidak dapat dinafikan, iaitu kemunculan dan penularan ajaran sesat yang berlegar di tengah masyarakat Islam. Ajaran sesat ini bukan sahaja menggugat akidah umat Islam tetapi juga menyesatkan pemikiran serta mengaburkan kefahaman terhadap ajaran sebenar yang dibawa oleh Baginda Rasulullah SAW. Ini terjadi kerana ada segelintir individu yang kurang memahami ajaran Islam atau terpengaruh oleh kumpulan yang menyimpang dari ajaran dan tauladan Rasulullah SAW. Walhal, Allah SWT telah menjelaskan dalam Surah Al-Ahzab, ayat 21: “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu […]

trending_flat

Bidaan REC akan dibuka melalui mGATS

PUTRAJAYA, 5 Oktober 2024- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan membuka bidaan sijil tenaga boleh baharu (Renewable Energy Certificate – REC) daripada penjanaan tahun 2024 melalui platform Malaysia Green Attribute Trading System (mGATS) bagi membolehkan syarikat korporat dan entiti perniagaan memenuhi komitmen Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG). Dalam satu kenyataan hari ini, PETRA memaklumkan bahawa platform bidaan mGATS yang telah dibangun dan dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui anak syarikatnya TNBX Sdn. Bhd. telah diluncurkan pada 8 Mei 2024. “Syarikat korporat boleh menyertai bidaan di platform ini untuk mendapatkan sijil TBB yang diperlukan. Penawaran sijil TBB sebanyak 1000 GWj sijil TBB daripada sumber hidro dan 100GWj sijil TBB daripada sumber solar akan dibuka untuk bidaan mulai 12 tengahari pada 7 Oktober 2024 hingga 5 petang pada 11hb Oktober 2024. Proses bidaan ini akan dilakukan melalui […]

trending_flat

CT Semiconductor Merasmikan Pusat Latihan Juruteknik Cip Semikonduktor Cip ATP

HANOI, Vietnam, Oct. 04, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — Pada 1 Oktober 2024, Pusat Latihan Juruteknik Cip Semikonduktor ATP CT Semiconductor (ahli CT Group) telah dirasmikan secara rasmi dan memulakan operasi di Pusat Inovasi Nasional (NIC) di Hoa Lac High-Tech Park, Hanoi. Pusat Latihan Juruteknik Cip Semikonduktor ATP di NIC adalah sebahagian daripada aktiviti meluas CT Semiconductor, yang termasuk penubuhan tiga loji OSAT (dua di Selatan dan satu di Utara), dua pusat R&D di Bandar Ho Chi Minh dan Hanoi, serta dua pusat perkhidmatan pelanggan di Lembah Silikon dan Phoenix, Arizona. Jurutera berpengalaman dari pelbagai negara akan menyediakan latihan khusus untuk kakitangan utama melalui program “Train the Trainer” yang memfokuskan kepada pemasangan, pengujian dan pembungkusan cip semikonduktor. Jurutera-jurutera ini dan pelajar akhir tahun elektronik akan dipersiapkan untuk menguasai teknologi ATP. Satu ciri utama ialah pelatih akan memperoleh pengalaman amali dengan mesin pemeriksaan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation