Pemegang saham SSF lulus resolusi utama dalam AGM
Kumpulan Tetap Dedikasi Untuk Meluaskan Kehadiran Pasarannya KUALA LUMPUR, 10 OKTOBER 2024 – SSF Home Group Berhad (“SSF” atau “Kumpulan”), peruncit peruncit terkenal dalam perabot, hiasan rumah dan produk kediaman, dengan sukacitanya mengumumkan kejayaan menyelesaikan Mesyuarat Agung Tahunan (“AGM”) yang diadakan hari ini di Petaling Jaya. AGM, yang dihadiri oleh para pemegang saham secara peribadi, menonjolkan daya tahan dan komitmen Kumpulan terhadap pertumbuhan strategik. Semasa AGM, para pemegang saham meluluskan resolusi utama yang termasuk penerimaan pakai Penyata Kewangan Beraudit untuk tahun kewangan berakhir 30 April 2024, dan pemilihan semula pengarah. Mesyuarat itu juga menyaksikan kelulusan penerbitan saham baharu dan langkah penting lain yang bertujuan untuk mengekalkan trajektori pertumbuhan Kumpulan dan meningkatkan nilai pemegang saham. Wong Choong Loong, Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif SSF Home Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif SSF Home Group Berhad Wong Choong Loong, mengulas, "Kami berterima kasih atas […]