trending_flat

ABS MELULUSKAN SISTEM BEKALAN BAHAN BAKAR AMMONIA UNTUK NIKKISO CLEAN ENERGY & INDUSTRIAL GASES

HOUSTON dan TEMECULA, California, 1 Okt (Bernama) -- ABS mengeluarkan kelulusan awal (AIP) untuk sistem bekalan bahan bakar (FSS) ammonia baharu daripada Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases, sebahagian daripada Bahagian Perindustrian Nikkiso Co., Ltd.Sistem bekalan bahan bakar ammonia tersebut menampilkan pam kecekapan tinggi dan sistem pengurusan bahan bakar bersepadu serta boleh dipasang dalam aplikasi marin seperti kapal dagangan. ABS melengkapkan semakan reka bentuk berdasarkan kelas dan keperluan berkanun.“Ammonia menunjukkan potensi untuk menjadi satu daripada alternatif bahan bakar terkemuka dalam transisi tenaga. Bersama dengan kecemerlangan keselamatan, kepakaran teknikal kami dalam bahan bakar alternatif dan reka bentuk enjin yang mendalam menjadikan kami pihak pengkelasan ideal untuk projek inovatif seperti daripada Nikkiso ini”, ujar Patrick Ryan, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Teknologi ABS.ABS menawarkan perkhidmatan yang menjadi peneraju dalam industri dalam penggunaan ammonia sebagai bahan bakar marin dan juga sumber tenaga alternatif yang […]

trending_flat

SAMBUTAN HARI SUNGAI SEDUNIA 2024: “SUNGAI DAN ALUR DALAM KOMUNITI KITA”

Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia dengan panjang melebihi 6,650 kilometer merupakan pusat tamadun Mesir selama ribuan tahun. Sungai Amazon, sungai kedua terpanjang di dunia mengandungi biodiversiti yang kaya, hutan hujan terbesar di dunia dan membekalkan sebahagian besar oksigen bumi. Sungai Yangtze, sungai terpanjang di benua Asia memainkan peranan yang besar kepada ekonomi pertanian dan tenaga hidroelektrik China. Sungai Ganges di India bukan sahaja sumber air utama tetapi dianggap suci dan spiritual bagi jutaan manusia yang datang dari segenap pelosok dunia. Malaysia juga boleh berbangga dengan anugerah sungai yang ada seperti Sungai Rajang yang kaya dengan biodiversiti yang menyokong kehidupan pelbagai spesies ikan dan hidupan liar, dikelilingi oleh hutan hujan tropika yang kaya dengan biodiversiti dan menjadi nadi kehidupan yang berada di sepanjang laluannya. Namun daripada 189 lembangan sungai utama di Malaysia, hanya sekumpulan kecil sahaja yang masih dikekalkan kemurnian dan kesuciannya. Terlalu banyak […]

trending_flat

Hari Sungai Sedunia peringkat Kebangsaan 2024 bertemakan “Sungai dan Alur Air Dalam Komuniti Kita”

Sungai Tebrau, Johor Bahru, 21 September 2024 – Timbalan Perdana Menteri  merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof telah merasmikan Sambutan Hari Sungai Sedunia (HSS) Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Sungai Tebrau, Johor Bahru hari ini. Sambutan HSS Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 yang bertemakan “Sungai dan Alur Air Dalam Komuniti Kita” bertujuan meningkatkan kesedaran dan rasa kebertanggungjawaban semua pihak mengenai kepentingan menjaga, memelihara dan melestarikan sungai-sungai di Malaysia. "Sambutan HSS dimeriahkan dengan kehadiran lebih 2,000 pengunjung. Antara tumpuan sambutan HSS adalah penyampaian Anugerah Khas Sumber Air kepada komuniti-komuniti setempat bagi menghargai usaha masyarakat dalam menjaga dan melestarikan sungai. Turut diadakan penyampaian Program Sungai Angkat bagi Sungai Tebrau, Anugerah Tesis Sumber Air Terbaik serta Peluncuran Papan Tanda River Address Sungai Tebrau." kata PETRA. Sambutan HSS Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 yang dilaksanakan dengan kerjasama […]

PCG MENERUSKAN PROGRAM BE GREEN BUAT TAHUN KEDUA DI INDONESIA

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) menjalankan aktiviti pembersihan pantai dan penanaman bakau baru-baru ini bersama golongan masyarakat di Desa Muara Teluk Naga, Banten, di samping meneruskan program impak sosial utamanya, Be Green, di Indonesia untuk tahun kedua.Aktiviti-aktiviti pada tahun ini mengukuhkan lagi komitmen Syarikat untuk menangani cabaran alam sekitar terutamanya pencemaran plastik dan memperkasakan masyarakat untuk memainkan peranan aktif dalam pemeliharaan alam sekitar.“Pengembangan program Be Green di luar Malaysia menunjukkan komitmen berterusan kami terhadap pengurusan sisa plastik. Apabila digunakan dan dilupuskan secara bertanggungjawab, plastik sebenarnya bukanlah satu masalah; malah ia merupakan sumber yang berharga. Melalui Be Green, matlamat kami adalah untuk memperkasakan lebih ramai individu yang berpengetahuan mengenai plastik dan pengurusan sisa yang bertanggungjawab, selaras dengan agenda Ekonomi Plastik Baharu PCG. Kami terus berdedikasi untuk memupuk tabiat positif di samping menyumbang kepada pembangunan generasi yang […]

trending_flat

Rasionalisasi subsidi minyak jalan menuju mobiliti elektrik

Oleh: Prof Madya Ts. Dr. Zul Ilham Bin Zulkiflee Lubes Rasionalisasi subsidi minyak yang dirancang negara bakal mencorakkan landskap tenaga dan dijangka mempercepatkan peralihan penerimaan kenderaan elektrik di kalangan pengguna. Dengan penarikan subsidi diesel dan seterusnya petrol, kenderaan elektrik menjadi pilihan yang semakin menarik dan bakal menyumbang kepada pengangkutan lestari dan inovasi dalam sektor automotif negara. Baru-baru ini, program rasionalisasi subsidi yang dijalankan menginjak naik harga runcit bagi diesel yang sebelum ini sekitar RM2.15 seliter kepada kenaikan hampir 40% menghampiri harga pasaran dunia. Untuk minggu-minggu seterusnya, harga diesel bakal berubah mengikut trend pasaran harga minyak global. Selain dari masalah besar penyeludupan bahan api keluar dari sempadan yang menjadi motivasi besar program rasionalisasi ini, langkah ini dikira sangat penting bagi Malaysia memandangkan kerajaan menanggung perbelanjaan subsidi berbilion ringgit setiap tahun untuk memastikan harga runcit diesel dalam negara rendah. Peningkatan harga runcit […]

trending_flat

Alam Flora edar tong sisa mudah alih baharu

KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2024 - Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora), anak syarikat kepada Malakoff Corporation Berhad (Malakoff), hari ini telah mengedarkan 100 unit tong sisa mudah alih (MGB) bersaiz 120 liter kepada penduduk Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur, bagi menggantikan tong-tong lama yang telah digunakan lebih daripada 10 tahun. Inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada usaha berterusan Alam Flora untuk memperbaharui dan meningkatkan kecekapan pengurusan sisa pepejal di seluruh kawasan perkhidmatannya. Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad, turut hadir mengedarkan tong sisa baharu tersebut kepada penduduk yang terlibat. "Penglibatan beliau menzahirkan komitmen kerajaan dalam usaha meningkatkan kebersihan dan kualiti hidup di kawasan perumahan, serta memberikan dorongan moral yang signifikan kepada komuniti setempat. Hadir sama, Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan, Abd Karim Bin Salim." kata Alam Flora dalam satu siaran media yang diedarkan […]

trending_flat

UM didik lupus ubat cara selamat, lestari

Hampir setiap rumah mempunyai lebihan ubat atau ubat yang telah tamat tempoh. Ubat-ubatan ini dikumpul dan disimpan di dalam laci tanpa tidak diketahui apa yang perlu dilakukan dengan ubat tersebut dan tidak tahu bagaimana untuk melupuskan dengan cara yang betul. Menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Malaya pada tahun 2021, sebanyak 25 peratus daripada penduduk Malaysia menyimpan ubat yang telah tamat tempoh di rumah. Ubat yang telah tamat tempoh atau tidak digunakan lagi boleh membawa risiko yang besar. Dr. Zuraidah Mohamed, Pengarah Klinik Universiti Malaya menekankan bahawa ubat yang telah tamat tempoh mungkin telah kehilangan keberkesanannya dan boleh mengundang bahaya sekiranya digunakan. “Sebagai contoh, penggunaan ubat antibiotik yang sudah tamat tempoh boleh menyebabkan kegagalan rawatan dan seterusnya meningkatkan risiko perkembangan bakteria tahan antibiotik,” katanya. Malah, tambah beliau sekiranya penyimpanan ubat ini tidak cermat, ianya akan mengundang risiko keracunan. “Berdasarkan statistik […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation