trending_flat

Rai Tahun Baharu Cina Bersama Spritzer: Nikmati Detik Manis Lagi Menyegarkan

Spritzer Malaysia mengajak warga Malaysia untuk “Speak from the Heart” dan menzahirkan diri sambil menjiwai tradisi musim perayaan ini Kuala Lumpur, 6 Januari 2025 – Sempena Tahun Baharu Cina ini, Spritzer mempelawa rakyat Malaysia untuk menghargai detik-detik bermakna bagi pengalaman musim perayaan yang menyegarkan melalui kempen istimewanya yang merapatkan hubungan para keluarga dan rakanrakan. Menjelang ketibaan Tahun Ular, jenama air mineral terkemuka di Malaysia, Spritzer teruja memperkenalkankempen Tahun Baharu Cina 2025 yang menekankan kepentingan komunikasi yang dibuat dengan hati terbuka, menggabungkan tradisi dengan sentuhan moden sambil merapatkan hubungan silaturahim antara insan tersayang. Sebagai teras kempen ini, Spritzer mempersembahkan sebuah filem pendek bertajuk “Speak from the Heart” (好好说话) yang mengingatkan kita untuk menzahirkan diri dengan keikhlasan, rasa hormat, dan pemahaman. Filem ini dibintangi pelakon serta duta jenama Spritzer, Koe Yeet serta Jaspers Lai, bersama penampilan khas daripada Yagood dan Jobroseph. Kempen […]

trending_flat

AYUH PEMUZIK INDIE: PENYERTAAN ANUGERAH LAGU INDIE 2024 (ALI24) KINI DIBUKA.

Puchong, 3 Januari 2025 – Anugerah Lagu Indie 2024 (ALI24) kini kembali! Penyertaan kini dibuka kepada pemuzik indie dari seluruh Malaysia bermula 1 Januari 2025, dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Februari 2025, jam 11:59 malam. Semua penyertaan hendaklah dihantar melalui laman web rasmi: www.anugerahlaguindie.com. Genre atau kategori yang dipertandingkan adalah Pop, Rock dan HipHop. Top 30 bagi setiap kategori (iaitu sejumlah 90 buah lagu yang akan merebut hadiah terkumpul berjumlah RM36,000) akan dipilih dan diumumkan antara 24 hingga 30 Mac 2025. Apa Itu Lagu Indie? Lagu yang layak untuk ALI24 mestilah memenuhi kriteria berikut. Penyertaan yang tidak memenuhi kriteria ini akan dibatalkan penyertaannya atas budi bicara penganjur, dan keputusan adalah muktamad. Keaslian – Lirik dan muzik mestilah ciptaan asli. Lagu demo tidak diterima. Dilancarkan pada tahun 2024 – Lagu mestilah diterbitkan dan dilancarkan antara 1 Januari 2024 hingga […]

trending_flat

TEATER MUZIKAL SUDIRMANIA PENGUBAT RINDU PEMINAT ALLAHYARHAM DATO’ SUDIRMAN HJ. ARSHAD

Teater Muzikal Sudirmania dipentaskan pada 27-29 Disember 2024 di Panggung Bandaraya (DBKL) Jalan Raja, Kuala Lumpur KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor dengan sokongan Kerajaan Negeri Selangor dan Pertubuhan Pameran Seni Teater (PEPSTER) dan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta Sudirman Asset Management dan Revolution Stage akan mementaskan sebuah Pementasan Teater Muzikal Sudirmania pada 27 hingga 29 Disember jam 3.00 petang dan 8.30 malam bertempat di Panggung Bandaraya (DBKL), Jalan Raja, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan untuk mengetengahkan karya-karya seni dan sastera negara serta mempergiatkan persembahan teater warisan dalam kalangan remaja, belia dan masyarakat di Malaysia secara keseluruhannya. Teater muzikal ini dapat membantu dalam penyemarakkan seni budaya dalam bidang teater dan muzik, terutama usaha untuk mengangkat lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad melalui olahan teater muzikal yang […]

trending_flat

PEMENTASAN MUZIKAL MANIFESTASI SULALAT’US SALATIN – KEAGUNGAN KEMAHARAJAAN MARITIM

AYER KEROH, 26 Dis (Bernama) -- Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Melaka (JKKN Melaka) menerusi Persatuan Gerakan Anak Seni dan CTRA Production telah mementaskan sebuah teater berbentuk Purbawara Muzikal Manifestasi bertajuk Sulalat ‘us Salatin : Keagungan Kemaharajaan Maritim di Auditorium Panggung Seri, JKKN Melaka, Ayer Keroh, Melaka pada 20, 21 dan 22 Disember 2024 pada jam 8.30 malam dan persembahan matinee pada Sabtu dan Ahad jam 3.00 petang. Teater muzikal ini adalah kolaborasi antara Persatuan Gerakan Anak Seni dengan CTRA Production dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara.JKKN Melaka turut mendapat sokongan daripada Inisiatif Belanjawan 2024 oleh GAPENA dan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai salah satu bentuk pementasan naskhah karya agung. Naskhah ini telah diiktiraf sebagai Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2012 serta sudah mencecah 32 salinan di seluruh dunia.Teater berbentuk purbawara muzikal yang dipentaskan ini berkisarkan tentang kemaharajaan maritim yang juga disebut sebagai pertuturan […]

trending_flat

PEMENTASAN TEATER MUZIKAL UDA & DARA MENGANGKAT NASKHAH AGUNG DATO’ DR. USMAN AWANG

JOHOR BAHRU, 26 Dis (Bernama) --  Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Johor dan Persatuan Galeri Seni dan Pelancongan Pontian telah menganjurkan Pementasan Karya Agung Sasterawan Negara Dato’ Dr. Usman Awang dengan karyanya yang bertajuk Uda dan Dara. Program Pementasan Karya Agung ini merupakan sebuah program yang mengetengahkan karya – karya tokoh yang telah mendapat pengiktirafan dari kerajaan Malaysia dalam bidang seni budaya seperti Seniman Negara dan Sasterawan Negara. Karya Agung yang dilaksanakan di peringkat negeri Johor ini akan mengangkat karya Dato’ Dr. Usman Awang yang merupakan seorang anak jati kelahiran negeri Johor. Beliau merupakan tokoh penulisan yang telah dianugerahkan sebagai Sasterawan Negara pada tahun 1983. Karya ulung Uda dan Dara nukilan Sasterawan negara Dato’ Dr. Usman Awang terkenal dengan kisah cinta tanpa batasan melibatkan pasangan Uda dan Dara apabila tiada yang dapat menghalang mereka […]

trending_flat

Nikmati Keajaiban Salji di Spritzer EcoPark Festive Wonder Carnival 2024

“Winter Wonderland” versi tropika yang mesra keluarga menanti anda sempena musim perayaan ini Pokok Krismas Spritzer EcoPark dan hiasan warna-warni membawa keceriaan bagi para pengunjung di musim perayaan ini Taiping, 26 Disember 2024 – Sempena musim perayaan ini, Spritzer EcoPark mengundang kehadiran dari semua peringkat umur ke acara tahunan yang dinanti-nantikan, Festive Wonder Carnival 2024, untuk merasai keajaiban musim sejuk di kawasan tropika. Tarikan utama karnival ini ialah sesi hujan salji, yang menawarkan pengalaman unik kepada pengunjung. Karnival tersebut berlangsung setiap hari dari jam 10:00 pagi hingga 12:00 tengah malam sehingga 5 Januari 2025, menjadikannya destinasi wajib dikunjungi  oleh keluarga dan rakan-rakan yang ingin menikmati kemeriahan perayaan dan mencipta kenangan manis bersama. Festive Wonder Carnival turut menawarkan pelbagai aktiviti menyeronokkan untuk semua. Bagi yang gemarkan cabaran, mereka boleh mencuba pengalaman menaiki LED Paddle Kart, manakala peminat golf boleh mengasah kemahiran […]

trending_flat

Filem Superman akan datang menemui anda pada tahun 2025!

Filem Superman akan datang menemui anda pada tahun 2025! Di platform X hari ini, heboh diperkatakan tentang filem yang bakal ditayangkan pada bulan Julai tahun 2025 di Amerika. Dibintangi oleh David Corenswet sebagai Clark Kent/Superman, di samping Rachel Brosnahan sebagai Lois Lane, disertai oleh Nicholas Hoult, Edi Gathegu, Anthony Carrigan, Nathan Fillion, Isabela Merced, Skyler Gisondo, Sara Sampaio, Maria Gabriela de Faria, Wendell Pierce, Alan Tudyk, Pruitt Taylor Vince dan Neva Howell. Filem ini mengisahkan Superman menerokai perjalanan untuk berdamai dengan keturunan aliennya dengan keluarga manusianya. (sumber Wikipedia). https://youtu.be/uhUht6vAsMY Culture Crave juga menyenaraikan beberapa fakta mengenai filem tersebut. Antara yang dikongsikan adalah filem ini lebih praktikal berbanding projek adaptasi buku komik yang lalu selain Louis dan Clark mengenali antara satu sama lain. Dan yang paling penting, filem ini dipacu skor, bukan didorong oleh lagu dan bersetuju dengan John Williams. Tidak […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation