Tiada ‘Gua Kosong Dan Besar’ di bawah Bandaraya Kuala Lumpur
Oleh JomCheck View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Susulan peristiwa kehilangan seorang warga India akibat kejadian tanah jerlus yang berlaku di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, timbul pelbagai spekulasi. Antara yang terkenal adalah artikel yang didakwa hasil tulisan ‘Dr. Sarah Jamal’ yang kononnya seorang ahli geologi di Jabatan Geologi Universiti Malaya. Artikel itu mendakwa bahawa Kuala Lumpur seolah-olah sebuah bandar yang dibina di atas ‘atap’ sebuah gua raksasa yang besar dan kosong. Oleh itu, JomCheck telah menerima pertanyaan dari orang ramai tentang kesahihan perkara ini. Hasil penelitian JomCheck mendapati bahawa Jabatan Geologi Universiti Malaya telah mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini yang turut dilaporkan rakan JomCheck, Astro Awani: STATUS: TIDAK BENAR PENJELASAN: Ketua, Jabatan Geologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Meor Hakif Amir Hassan mengesahkan berlakunya penyamaran identiti penulis artikel serta menafikan fakta yang […]