trending_flat

Siasatan kes kematian tahanan Penjara Kajang masih berjalan – Saifuddin

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan. Katanya siasatan dijalankan menyeluruh merangkumi rekod keterangan prospek dan pegawai penjara yang bertugas pada hari kejadian. Menurutnya lagi, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen juga telah memanggil Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memberikan maklum balas berkaitan insiden terbabit. "Pada masa sama Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Datuk Seri Mohd Hishamudin Md Yunus turut menghubungi saya untuk menyatakan hasrat mereka berjumpa dengan pihak terlibat. "Kita (KDN) akan beri kerjasama penuh, tetapi proses ini perlu dilakukan secara tertib dan berperingkat. "Apa yang penting Jabatan Penjara sentiasa menjalankan tanggungjawab dengan baik dan memberi kerjasama penuh kepada semua pihak berkepentingan dalam menyiasat insiden ini,” katanya. Pada 27 Januari lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menjalankan siasatan berhubung kes kematian seorang […]

trending_flat

Keselamatan negara masih terkawal – Saifuddin

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan keselamatan negara terkawal susulan kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Sabtu lalu. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata keselamatan orang awam menjadi keutamaan tertinggi kementerian terutama Polis DiRaja Malaysia (PDRM). “Kita beri jaminan keadaan keselamatan negara adalah terkawal. “Tidak perlu panik untuk dibimbangkan kalau sekadar merujuk kepada insiden yang berlaku (kes tembakan di pusat beli-belah),” katanya pada sidang medianya di Kementerian Dalam Negeri (KDN). Semalam, Bukit Aman berkata penembak dikenal pasti berusia lingkungan 30-an disyaki di bawah pengaruh dadah ketika kejadian berlaku. Suspek dilapor mempunyai 11 rekod lampau melibatkan jenayah dan dadah. Namun, identiti penuh suspek belum didedahkan. Dalam pada itu, Saifuddin memuji tindakan pantas polis terhadap kejadian tembakan itu, melibatkan langkah ‘profiling’ dan kenal pasti suspek, sambil menyatakan ia mencerminkan kesiapsiagaan dan kompetensi […]

trending_flat

JPN turun ke lapangan selesai isu berkaitan dokumen pengenalan diri – Saifuddin

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata hari ini berada di perkampungan Orang Asli Kemian bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi meneruskan Program Mekar, Menyemai Kasih Rakyat. Beliau berkata program itu bersifat outreach, di mana JPN turun ke lapangan untuk membantu masyarakat menyelesaikan isu berkaitan dokumen pengenalan diri mereka. "Antara masalah utama yang dihadapi oleh komuniti di sini ialah pendaftaran kelahiran lewat. "Ramai ibu bapa tidak mendaftarkan kelahiran anak mereka dalam tempoh yang ditetapkan oleh undang-undang, iaitu 60 hari," katanya. Menurut Saifuddin masalah lain dihadapi seperti kelahiran baharu. Beliau berkata hari ini sahaja, JPN menemui lima kes kelahiran baharu yang masih dalam tempoh pendaftaran. "Masalah lain seperti permohonan MyKad. Ada individu yang telah mencapai usia 12 tahun tetapi belum memiliki MyKad, walaupun mereka mempunyai sijil kelahiran," katanya. Sementara itu, Saifuddin berkata JPN juga membawa sistem biometrik […]

trending_flat

KDN kenakan Perintah Larangan tiga judul buku kerana mudaratkan moral masyarakat

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengenakan Perintah Larangan ke atas tiga judul penerbitan buku berikutan dikhuatiri memudaratkan kemoralan masyarakat Malaysia, kata Kementerian Dalam Negeri (KDN) Dalam satu kenyataan, KDN berkata Perintah Larangan itu diwartakan melalui Warta Kerajaan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301) berkuat kuasa pada 21 dan 22 Januari ini. Tiga judul buku itu ialah “My Shadow Is Purple” oleh Scott Stuart, “Koleksi Puisi Masturbasi” oleh Amir Hamzah Akal Ali (Benz Ali) dan “All That’s Left In The World” oleh Erik J. Brown. Menurut KDN, Perintah Larangan di bawah Akta 301 ini adalah berasaskan konsep kawalan dan pencegahan sebelum suatu ancaman atau kemudaratan itu berlaku.  Katanya, dalam masa yang sama, masyarakat turut mendapat pendedahan dan kesedaran mengenai hasil-hasil penerbitan yang tidak diingini dan tidak sesuai untuk bacaan umum. Mengulas lanjut, KDN berkata berdasarkan peruntukan di bawah subseksyen […]

trending_flat

Mesyuarat Peringkat Pegawai bincang hala tuju jenayah rentas sempadan

PUTRAJAYA: Mesyuarat Peringkat Pegawai membincangkan hal-hal umum berkaitan hala tuju jenayah rentas sempadan. Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata ini termasuk membincangkan isu-isu baharu dan berbangkit, cabaran pelaksanaan inisiatif serantau. "Hari ini berlangsungnya Mesyuarat Peringkat Pegawai Mengenai Jenayah Rentas Sempadan - Kumpulan Kerja Mengenai Perkara Jenayah Rentas Sempadan Kali Ketiga (3rd SOMTC WG on GTCM) di Johor Bahru, Malaysia. "Mesyuarat ini membincangkan hal-hal umum berkaitan hala tuju jenayah rentas sempadan, termasuk isu-isu baharu dan berbangkit, cabaran pelaksanaan inisiatif serantau," katanya di Facebook. Menurut KDN mesyuarat itu juga bagi pengukuhan koordinasi antara negara ASEAN dalam menangani jenayah rentas sempadan secara menyeluruh.

trending_flat

KPS pastikan keselamatan laluan di darat, udara, laut

Tangkap Layar dari Video, Sumber dari Sosial Media Facebook, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail PUTRAJAYA: Kawalan Perbatasan dan Sempadan (KPS) bukan sekadar untuk memastikan kelancaran pergerakan tetapi lebih penting adalah memastikan keselamatan laluan di darat, udara, dan laut, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Beliau berkata pelancaran KPS yang diasaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menandakan komitmen kerajaan Madani dalam memastikan kawalan sempadan negara lebih sistematik dan berkesan dengan penubuhan sebuah agensi tunggal. "Saya ingin mengucapkan syabas kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta semua kementerian dan agensi yang terlibat dalam merealisasikan penubuhan KPS ini," katanya. Menurut Saifuddin sebagai sebuah agensi baharu, KPS mempunyai beberapa Key Performance Indicator (KPI) yang telah ditetapkan iaitu kecekapan sistem penyampaian. Beliau berkata KPS menggabungkan pelbagai agensi yang sebelum ini bertanggungjawab mengawal sempadan negara. "Dengan adanya agensi tunggal ini, sistem penyampaian […]

trending_flat

Ancaman kebocoran maklumat organisasi melalui aplikasi pesanan ringkas

Oleh Dr. Nur Syazwani binti Ahmad Di era digital ini, aplikasi pesanan ringkas seperti WhatsApp dan Telegram telah menjadi alat komunikasi yang sangat penting dalam organisasi. Pada asalnya, aplikasi-aplikasi ini dicipta untuk kegunaan peribadi, tetapi kini ia digunakan secara meluas dalam pengurusan tugasan harian, perkongsian maklumat penting, serta dalam proses membuat keputusan secara lebih efisien. Kemudahan yang ditawarkan oleh aplikasi ini, seperti kemampuan untuk menghantar mesej secara segera, berkongsi gambar, video, dan dokumen, telah mempermudahkan komunikasi dalam organisasi dan meningkatkan produktiviti dengan ketara. Namun, di sebalik manfaat yang jelas ini, penggunaan WhatsApp dan Telegram dalam konteks profesional turut menyimpan risiko yang besar, terutamanya berkaitan dengan kebocoran maklumat sulit. Banyak organisasi kini bergantung kepada aplikasi ini untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja dan berkongsi dokumen penting. Namun, sering kali apa yang diabaikan adalah keselamatan dan integriti maklumat yang dikongsi melalui platform ini. […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation