trending_flat

UPSI anjur All Rounded Glamping 2.0, beri ruang kanak-kanak belajar asas keberlangsungan hidup

Oleh : Dr Masayu Dzainudin Tanjong Malim: Aktiviti perkhemahan telah mendapat tempat di hati kebanyakkan rakyat Malaysia dari segenap peringkat umur.  Perkhemahan juga dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengenali ilmu kelangsungan hidup dan sifat bersyukur dengan kesenangan yang dinikmati. Sebagai nadi rujukan pembelajaran kanak-kanak negara, Universiti Pendidikan Sultan Idris melalui Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC UPSI) memanfaatkan cuti sekolah dengan menganjurkan program  bertemakan ‘All Rounded Glamping 2.0’ yang berlangsung pada 20-24 Januari 2025. Program ini membuka ruang kepada kanak-kanak seawal usia 5 tahun sehingga 12 tahun untuk belajar dan memahami tentang kemahiran kelangsungan hidup. Prof Madya Dr Mazlina Che Mustafa, Pengarah NCDRC menyatakan bahawa cuti sekolah adalah ruang untuk kanak-kanak belajar perkara baru yang bermanfaat untuk diri mereka. “Program ini adalah usaha kerjasama antara pihak kami dan fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan UPSI serta FSP-FSSK Response Team dimana […]

trending_flat

Penganjuran sulung AISSE25 kejayaan besar negara, kata Saifuddin

Kredit Foto FB Rasmi Menteri Dalam Negeri PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menyifatkan penganjuran sulung Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE25) sebagai kejayaan besar buat negara. Kredit Foto FB Rasmi Menteri Dalam NegeriPUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menyifatkan penganjuran sulung Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE25) sebagai kejayaan besar buat negara.  Beliau berkata AISSE25 melabuhkan tirainya hari ini dengan kehadiran lebih 5,000 pelawat dari dalam dan luar negara. "Kita menyaksikan penyertaan daripada 348 syarikat yang mewakili 48 negara. Ini satu angka yang saya anggap membanggakan dengan mengambil kira ini penganjuran sulung. "Sidang kemuncak ini juga sekali gus mengukuhkan peranan Malaysia sebagai peneraju bagi mempromosikan kerjasama serantau selaku pengerusi ASEAN. Ia juga telah menunjukkan komitmen Malaysia bagi menyatukan negara-negara ASEAN untuk menangani cabaran keselamatan bersama," katanya. AISSE25 berlangsung […]

trending_flat

Teknologi seperti AI penting dalam menangani jenayah siber, kata Saifuddin

PUTRAJAYA 21 Jan 2025 - Sidang Kemuncak Keselamatan Antarabangsa Asia dan Ekspo 2025 (AISSE 2025) menyediakan platform penting untuk menangani objektif yang sejajar dengan visi Asean untuk daya tahan dan kemakmuran, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Kredit Foto : FB Live AISSE25 Beliau berkata sidang kemuncak itu bertujuan memajukan industri mampan dan pembangunan global, meningkatkan daya saing dan daya tahan melalui teknologi, menggalakkan kerjasama serantau dalam ICT dan keselamatan siber, serta mengukuhkan sumbangan dan perkongsian global. Tambahnya, sidang kemuncak tahun ini mengambil langkah berani dengan menangani cabaran yang muncul seperti jenayah siber dan peranan transformatif teknologi, khususnya kecerdasan buatan. "AI bukan sekadar alat, ia adalah pengubah permainan dalam operasi keselamatan. Daripada analitik ramalan kepada pengawasan lanjutan, AI boleh mengesan ancaman dengan lebih pantas dan dengan lebih ketepatan. “Pada masa sama, ia menimbulkan cabaran etika dan tadbir […]

trending_flat

Kerajaan perlu segera labur dalam bidang kepolisan moden

PUTRAJAYA 20 Januari 2025 – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan harus melabur dalam bidang kepolisian moden selaras usaha meningkatkan aspek pencegahan dan penguatkuasaan di kawasan berisiko jenayah. Kredit Foto : Halaman X TPM Beliau berkata, aspek kepolisian moden secara dasarnya memanfaatkan perkembangan teknologi terkini termasuk kecerdasan buatan (AI). Tambahnya, sebagai contoh, Organisasi Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) dan Polis Asia (AseanaPol) kini menggunakan acuan dan peralatan terkini yang diintegrasikan untuk bekerja secara automatik. “Saya yakin kepolisian moden tidak lagi harus meramaikan ‘omnipresence’ (kehadiran dimana-mana) anggota sama ada beruniform atau tidak beruniform di lokasi tertentu sebaliknya lebih kepada peralatan. “Justeru, kerajaan harus bertindak segera ke arah itu dalam memacu aspek pencegahan dan penguatkuasaan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan The Asia International Security Summit and Expo 2025 (AiSSE 2025). Sementara itu, Zahid berkata, biarpun […]

trending_flat

AISSE25 fokus kepada ancaman keselamatan baharu

PUTRAJAYA. 21 Januari 2025 - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Sidang Kemuncak dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE25) memfokuskan kepada ancaman keselamatan baharu seperti jenayah rentas sempadan, jenayah siber dan pemerdagangan manusia. Kredit Foto : Halaman X Rasmi Menteri Dalam Negeri Katanya, kerjasama antarabangsa melalui perkongsian maklumat risikan dan operasi bersama adalah penting untuk menangani ancaman itu. "Tidak mungkin satu ancaman keselamatan bentuk baru ini seumpama jenayah rentas sempadan yang bersifat 'cyber crime', penipuan atas talian, pemerdagangan manusia akan kita selesaikan secara bersendirian. "Melainkan kita ada perkongsian, intelligent dan maklumat. Jadi itu mesej yang kita sampaikan," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas berucap pada Sidang Kemuncak AISSE25 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Sidang Kemuncak AISSE25 berlangsung selama tiga hari yang bermula semalam hingga esok dijangka menjadikan Malaysia sebagai hab serantau dan global […]

trending_flat

Penubuhan pasukan petugas jenayah siber ASEAN kekang jenayah siber – Zahid

PUTRAJAYA 20 Januari 2025 - Penubuhan pasukan petugas jenayah siber Asean seperti Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengekang jenayah siber di negara-negara serantau, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Kredit Foto : Halaman X TPM Beliau berkata ini bagi memudahkan perkongsian maklumat risikan dan kerjasama dalam menangani ancaman digital dengan lebih berkesan. “Sepanjang tahun lalu, Malaysia melaporkan kerugian kewangan lebih daripada RM1.22 bilion akibat jenayah siber dan berjaya mengesan berjuta-juta ancaman siber. “Ini mengukuhkan keperluan untuk mempertingkatkan daya tahan siber dan langkah keselamatan siber secara lebih proaktif.” katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapan di Majlis Peluncuran dan Perasmian Pameran Ekspo dan Sidang Kemuncak Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE'25). Dalam pada itu, Zahid turut menggesa semua pihak berkepentingan termasuk kerajaan, agensi penguatkuasaan undang-undang, dan pemimpin industri untuk mengambil tindakan tegas dalam beberapa perkara antaranya kepolisan berasaskan kecerdasan buatan (AI). […]

trending_flat

AISSE’25 disasar kehadiran lebih daripada 300 syarikat dari 48 negara, kata Saifuddin

PUTRAJAYA - Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE’25) bukan sekadar sebuah acara tetapi satu inisiatif strategik yang bertujuan meletakkan Malaysia sebagai pusat inovasi keselamatan, kerjasama, dan kepimpinan. Kredit Foto : Halaman X Rasmi Menteri Dalam Negeri Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata persidangan itu akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dari esok hingga 22 Januari ini. Jelasnya, persidangan itu diterajui oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertemakan “Asia United: Charting the Future of Global Peace and Security through Law Enforcement Collaboration,” mencerminkan aspirasi untuk perpaduan, kerjasama, dan pembangunan. Dalam pada itu, Saifuddin berkata AISSE’25 menyasarkan kehadiran lebih daripada 300 syarikat dari 48 negara. Katanya ini termasuk jenama terkemuka seperti Barzan Holdings, BlackBerry, 1AETOS & DRON, Systems Consultancy Services, SAMSUNG, ELMU E, Dahua Technology and U Mobile. "Acara ini akan menampilkan 109 syarikat […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation