trending_flat

ANGKASA dan Zurich Takaful Bekerjasama Melancarkan Skim Perlindungan MyANGKASA Plus, Memberikan Manfaat Kepada 7.2 Juta Anggota Koperasi

(Dari Kiri-Kanan)1.Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh, CEO of ANGKASA Group and Executive Director of MyANGKASA Holdings Sdn Bhd;2.Shamsul Azman, CEO of Zurich General Takaful Malaysia Berhad;3.Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, ANGKASA Board Member and Chairman of MyANGKASA Amanah Berhad;4.Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, ANGKASA President;5.Nur Fatihah Mustafa, CEO of Zurich Takaful Malaysia Berhad;6.Cik Hasnah binti Omar, Chairman of Zurich Takaful Malaysia Berhad and Zurich General Takaful Malaysia Berhad;7.Dr. Mohd Azlan Yahya, Vice President ANGKASA;8.Datuk Dr. Hafsah binti Hashim, Board Member of Zurich Takaful Malaysia Berhad;9.Dato’ Wan Mohd Fadzmi bin Che Wan Othman Fadzilah, Board Member of Zurich General Takaful Malaysia Berhad PETALING JAYA, 9 Januari 2024 – ANGKASA menerusi anak syarikatnya MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. mempelopori produk tambah nilai baharu, Skim Perlindungan MyANGKASA Plus dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan khususnya bagi perlindungan kepada koperasi dan syarikat yang terlibat dalam […]

trending_flat

EWON LANCAR MESIN ATM BANK RAKYAT DI TAGINAMBUR, KEMUDAHAN BUAT RAKYAT KADAMAIAN.

KOTA BELUD, 30 Disember – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick melancarkan mesin ATM Bank Rakyat di Taginambur, di sini untuk memberikan kemudahan kepada rakyat Kadamaian. Mesin ATM Bank Rakyat yang terletak di Tag Valley Taginambur Kota Belud itu adalah yang pertama di kawasan Kadamaian dan keenam di seluruh Kota Belud. Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian berkata, pengwujudan mesin ATM Bank Rakyat di kawasan Kadamaian bukan sahaja memberi kemudahan kepada penduduk setempat tetapi dapat merancakkan sektor ekonomi kawasan ini. “Ini adalah mesin ATM Bank Rakyat di kawasan Kadamaian dan sememangnya sudah lama ditunggu-tunggu oleh masyarakat Kadamaian. “Mereka tidak perlu lagi ke Pekan Kota Belud untuk mengeluarkan wang daripada mesin ATM kerana, ia sudah ada di kawasan Pekan Taginambur,” katanya. Beliau berkata demikian selepas majlis ringkas pelancaran Mesin ATM Bank Rakyat di dalam premis Tag […]

trending_flat

LANJUTAN WAKTU OPERASI KAUNTER PPZ-MAIWP BERMULA 23 HINGGA 31 DISEMBER 2024

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Waktu operasi 10 kaunter Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan dilanjutkan bagi memberi ruang kepada pembayar menunaikan kewajipan berzakat sebelum berakhir tahun 2024. Bermula 23 hingga 31 Disember 2024, semua kaunter PPZ-MAIWP akan beroperasi bermula 8.00 pagi sehingga 9.00 malam kecuali di UTC Pudu Sentral sehingga 8.00 malam. Pembayar yang mengunjungi kaunter PPZ-MAIWP akan mendapat cenderahati istimewa seperti shopping bag eksklusif, kalendar 2025 dan banyak lagi. Sempena hujung tahun ini, pembayar zakat yang berurusan di kaunter-kaunter PPZ-MAIWP akan disediakan dengan jamuan ringan, serta booth asnaf dan rakan strategik. Selain itu, pembayar juga boleh membuat bayaran zakat secara online melalui portal PPZ-MAIWP di www.zakat.com.my, Aplikasi MyZakat atau melalui ejen seperti perbankan internet dan juga e-Wallet. Bagi pembayar yang tidak berkesempatan untuk mengunjungi kaunter PPZ-MAIWP dan mahukan perkhidmatan secara personal boleh mendapatkan perkhidmatan Amil2U di mana pegawai kami akan terus ke lokasi pembayar untuk urusan pembayaran zakat. Tempahan […]

trending_flat

Takaful bukan sekadar instrumen kewangan

Oleh: Mohd Khairi Ismail, Mohd Ishak Amri “Terawal 10 tahun lagi baik daripada terlambat 1 hari.” Ungkapan ini menggambarkan pentingnya memiliki pelan takaful sebagai perlindungan kewangan yang menyeluruh. Selepas pandemik COVID-19 pada 2020, kesedaran rakyat Malaysia terhadap takaful semakin meningkat. Pada tahun 2023, industri takaful mencatatkan pembayaran tuntutan sebanyak RM8.74 bilion bagi perlindungan Takaful Keluarga dan Takaful Am, mencerminkan peranan signifikan takaful dalam menyokong kehidupan masyarakat. Industri ini dijangka terus berkembang pesat dengan kadar penembusan takaful diunjurkan meningkat kepada 40 peratus menjelang 2027, berbanding hanya 20 peratus pada tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Takaful Malaysia (MTA), Mohd Redzuan Mohamed, menyatakan bahawa pemain industri sedang giat melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan akses dan kesedaran takaful dalam kalangan masyarakat. Fokus utama adalah kepada golongan B40 dan M40, termasuk ibu bapa muda serta pekerja gig, yang kebanyakannya masih belum mendapat perlindungan kewangan. […]

trending_flat

Memastikan ringgit kekal stabil

Oleh: Dr. Adilah A. Wahab Keputusan Malaysia keluar daripada senarai pemantauan manipulasi mata wang Amerika Syarikat (AS) merupakan berita positif yang mencerminkan kestabilan ekonomi negara. Langkah ini menunjukkan bahawa Malaysia telah berjaya memenuhi piawaian antarabangsa, sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai rakan dagang yang dipercayai di arena global. Namun, untuk memastikan Malaysia kekal keluar dari senarai tersebut, usaha berterusan diperlukan, termasuk meningkatkan ketelusan kewangan dan memperkukuhkan daya saing ekonomi. Sebelum ini, Malaysia pernah termasuk dalam senarai pemantauan manipulasi mata wang AS kerana faktor seperti lebihan dagangan dengan AS dan campur tangan AS dalam pasaran pertukaran mata wang asing. Walaupun campur tangan ini bertujuan untuk mengekalkan kestabilan ekonomi domestik, ia juga dilihat sebagai satu usaha yang boleh mempengaruhi nilai mata wang secara tidak adil dan tidak konsisten dengan kemajuan ekonomi negara. Terdapat tiga kriteria utama yang digunakan oleh Jabatan Perbendaharaan AS untuk sesebuah […]

trending_flat

Meladeni fenomena YOLO dan FOMO

Oleh: Dr. Abdul Rahman Zahari Perdana Menteri Malaysia ke-10, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan kenaikan gaji bagi kakitangan awam untuk dua fasa bermula pada 1 Disember 2024 dan 1 Januari 2026. Pengumuman ini telah memberi suntikan positif kepada semua kakitangan awam di Malaysia untuk meningkatkan lagi produktiviti kerja. Baru-baru ini juga, pihak kerajaan telah menyemak dan menetapkan gaji minimum sebanyak RM1700 bermula pada Februari 2025. Tidak cukup dengan itu, pihak kerajaan juga telah memberi saranan kepada semua pihak majikan untuk melaksanakan dasar gaji progresif supaya pembayaran gaji yang lebih adil kepada golongan pekerja. Apabila berlakunya kenaikan gaji, maka dalam dunia yang serba pantas dan dipenuhi dengan pelbagai tarikan sosial, dua konsep yang semakin popular dan berpengaruh dalam gaya hidup masa kini ialah “YOLO” dan “FOMO” akan menghampiri pengguna di Malaysia. YOLO, singkatan bagi "You Only Live Once" atau […]

trending_flat

Tidak celik kewangan, Melayu muflis membimbangkan

Oleh: Dr. Mohd Khairi Ismail Menurut laporan Jabatan Insolvensi Malaysia, kaum Melayu merupakan penyumbang utama kepada kadar muflis tertinggi di Malaysia dengan 15,586 kes atau 57.92 peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan antara tahun 2020 hingga Mac 2024. Di samping itu, kaum Cina mencatatkan 6,917 kes, iaitu 25.71%, manakala kaum India menyumbang 2,324 kes atau 8.64%. Data ini menunjukkan bahawa kaum Melayu mempunyai kadar kebankrapan tertinggi, diikuti oleh kaum Cina dan India sepanjang tempoh tersebut. Situasi ini amat membimbangkan dan faktor seperti celik kewangan yang rendah, khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia telah dikenal pasti sebagai pemacu utama salah urus kewangan, pengumpulan hutang, dan akhirnya muflis. Kekurangan pengetahuan kewangan ini menjejaskan keupayaan individu untuk membuat keputusan mengenai simpanan, belanjawan dan pelaburan. Mereka daripada golongan berpendapatan rendah  sukar untuk memahami implikasi jangka panjang hutang. Ini termasuk kadar faedah tinggi pada […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation