trending_flat

Mempertimbang semula pengajian di atas talian di universiti

Oleh: Dr. Mohd. Shahid Mohd. Noh Kualiti rangkaian internet pada hari ini telah memendekkan jarak dan masa antara tempat dan benua yang berjauhan sehingga segala urusan dapat dilaksanakan secara lansung dan waktu sebenar, berdepan secara maya dan telus. Sektor pendidikan adalah antara bidang yang paling banyak menerima manfaat dari segala fasiliti tersebut terutamanya di zaman pasca pandemik. Dr. Mohd. Shahid Mohd. Noh Berkemungkinan perkara itu juga antara hikmah yang dipelajari oleh pelajar dan para pendidik dari zaman pandemik hingga ke hari ini bagaimana memanfaatkan teknologi untuk tujuan pendidikan. Hari ini di separuh kedua tahun 2023, kesemua sekolah, kolej, universiti dan institusi pendidikan telah pun beroperasi secara fizikal sepenuhnya. Pembelajaran secara dalam talian telah menjadi satu alternatif terbaik sekiranya terdapat kekangan dan halangan dalam perlaksanaan fizikal. Terkini, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan bahawa sebanyak 95 program di […]

trending_flat

Sama-sama merencana pembangunan Malaysia MADANI yang diidamkan

Oleh: Dr. Mohd Khairul Naim Che Nordin Kira-kira lebih dua dekad yang lalu, seorang intelektual Melayu iaitu Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud telah mengusulkan istilah ‘pengislahan’ yang memberi makna ‘kebaikan’ bagi menggantikan perkataan ‘pembangunan’ yang banyak digunakan dalam kertas-kertas dasar, polisi serta silibus pendidikan di setiap peringkat. Usulan ini bukanlah semata pertukaran bersifat tatabahasa sahaja tetapi berasaskan faktor makna atau semantik yang terkandung dalam istilah ‘pembangunan’ itu sendiri. Ia punyai justifikasinya kerana istilah ‘pembangunan’ menayangkan makna berciri fizikal iaitu ‘bangun’ dan ‘membangun’ yang mengisyaratkan kefahaman tentang seseorang yang bangkit dari tidur, atau usaha membina dan membuat sesuatu menjadi maju dan berkembang. Bahkan jika ditelusuri lawan kepada kata bangun dan pembangunan ialah mundur dan pemunduran, iaitu suatu yang bersifat merosot atau surut ke belakang. Namun sekali lagi perlu difahami bahawa sesuatu yang berhenti dari ‘membangun’ tidak semestinya tidak baik. Dr. […]

trending_flat

Perkasa wakaf hijau demi agenda ketahanan iklim negara

Oleh: Dr. Mohd. Zaidi Md. Zabri Pada bulan Julai, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) telah meluncurkan pelan Ekonomi MADANI sebagai wadah untuk mengangkat semula darjat dan martabat Malaysia melalui penstrukturan semula ekonomi ke arah negara peneraju ekonomi di rantau Asia Tenggara. Dr. Mohd. Zaidi Md. Zabri Ekonomi MADANI mempunyai dua pendekatan serampang dua mata yakni ‘menaikkan siling’ sebagai peneraju ekonomi Asia dan ‘menaikkan lantai’ untuk mempertingkat usaha menaikkan darjat hidup rakyat. Asasnya, Ekonomi MADANI menekankan keperluan untuk merombak struktur ekonomi negara melalui tujuh bidang tumpuan. Daripada tujuh bidang tumpuan yang digariskan dalam kerangka Ekonomi MADANI, terdapat dua bidang tumpuan yang mempunyai potensi untuk digembleng secara serempak yakni ‘Peneraju Ekonomi Islam Global’ dan ‘Pertumbuhan Hijau Demi Ketahanan Iklim.’ Menariknya, bagi bidang tumpuan Ekonomi Islam, PMX terlebih dahulu memuji sistem kewangan Islam sebagai peneraju kewangan Islam global dengan menyorot […]

trending_flat

Mari kita tunjukkan jalan perbankan Islam di Rusia

Oleh: Dr. Mohd. Zaidi Md. Zabri Bulan Julai lalu, Parlimen Rusia telah memberikan lampu hijau kepada program perintis selama dua tahun yang bakal memperkenalkan perbankan Islam di empat republik di negara itu iaitu Bashkortostan, Chechnya, Dagestan, dan Tatarstan bermula 1 September depan. Dr. Mohd. Zaidi Md. Zabri Menariknya, keempat-empat republik yang majoritinya menganut agama Islam tersebut mempunyai populasi sekitar 20 juta orang atau hampir dua pertiga daripada keseluruhan rakyat Malaysia. Manakala Malaysia sememangnya dikenali umum sebagai antara peneraju utama industri kewangan Islam global. Terutama sekali dalam pasaran modal Islam melalui terbitan ṣukūk (bon Islamik) yang juga merupakan antara yang terbesar dunia. Malahan, menurut laporan ICD-Refinitiv, Malaysia mengungguli Petunjuk Pembangunan Kewangan Islam (IFDI) 2022 yang mengukur dimensi seperti prestasi kewangan, tatakelola, kelestarian, pengetahuan, dan kesedaran mengenai kewangan Islam. Justeru, pengenalan sistem kewangan Islam di Rusia merupakan peluang yang semestinya tidak boleh […]

trending_flat

‘Ladang tenaga’ di jalan raya

Oleh: Ts. Dr. Salmia Beddu Pernahkah terfikir sekiranya kita dapat menghidupkan peralatan elektrik di rumah hanya dengan menggunakan sumber alam semulajadi? Bukan hanya menggunakan tenaga elektrik sedia ada, tetapi tenaga boleh baharu yang lestari? Bayangkan satu senario di mana tenaga yang menghidupkan peralatan rumah dihasilkan daripada jalan raya yang berhampiran. Selain itu, bayangkan sekiranya lampu jalan dan lampu isyarat juga dapat dihidupkan oleh sumber tenaga yang sama. Mungkinkah ini dapat dijadikan kenyataan? Ts. Dr. Salmia Beddu Malaysia merupakan salah sebuah negara beriklim tropika yang terletak di Asia yang panas dan lembap sepanjang tahun. Terletak berhampiran garisan khatulistiwa, Malaysia mempunyai julat suhu sekitar 21 darjah Celsius hingga 35 darjah Celsius. Tambahan pula, turapan asfalt yang biasanya digunakan untuk membuat jalan raya, berkemampuan untuk menyerap haba yang tinggi sehingga 70 darjah Celsius, terutamanya semasa cuaca panas. Tidak seperti sel tenaga suria yang […]

trending_flat

Menyemai inisiatif keterjaminan makanan yang lebih dinamik

Oleh: Dr. Adilah A. Wahab Keterjaminan makanan merupakan satu kebimbangan di peringkat nasional dan global. Menurut Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pada tahun 2022, antara 691 dan 783 juta orang di seluruh dunia mengalami kelaparan, dan majoritinya merupakan penduduk Asia. Manakala 425 juta orang di Asia dianggarkan mengalami kekurangan zat makanan. Dr. Adilah A. Wahab Meskipun Malaysia merupakan antara negara pengeluar minyak sawit dan beras tertinggi di Asia, negara kita masih menunjukkan arah aliran yang tidak stabil dalam keterjaminan makanan. Berdasarkan Indeks Makanan Keterjaminan Global (GSFI), pada tahun 2022 Malaysia menduduki tempat ke-41 daripada 113 negara iaitu penurunan sebanyak tujuh tangga berbanding kedudukan tahun 2021. Oleh demikian, demi mengatasi masalah di atas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) telah menjenamakan semula Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Untuk menangani isu keterjaminan makanan, Kementerian Pertanian […]

trending_flat

Jadilah seperti kiambang

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Mutakhir ini, bibit perpecahan semakin kuat bertiup dalam masyarakat Malaysia. Tema perkauman dan agama masih lagi dimanfaatkan untuk mendapat sokongan, bahkan kini semangat kenegerian cuba dijadikan modal provokasi khususnya pasca pilihanraya. Sentimen ini sangat berbahaya terhadap keutuhan masyarakat dan negara Malaysia. Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Isu 3R yang melibatkan kaum, agama dan raja merupakan isu yang sensitif dan boleh mencetuskan perbalahan dan konflik. Stereotaip kaum dan agama ditimbulkan oleh provokator, misalnya menghina orang Melayu sebagai bodoh dan mundur, Islam sebagai agama barbarik dan akan menzalimi orang bukan Islam. Malahan ada pihak yang menghina Raja Melayu dan Yang Dipertuan Agong. Begitu juga ada yang memainkan semangat kenegerian dengan menghina negeri Melayu sebagai miskin dan terkebelakang. Tidak kurang ada yang berkempen untuk menghalau orang negeri lain, memboikot kedai makan milik orang negeri lain, […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation