Meneladani tetangga ASEAN kunci kejayaan Ekonomi MADANI
Oleh: Dr. Adilah A. Wahab Pada penghujung Julai lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) telah meluncurkan Ekonomi MADANI sebagai wadah untuk menjadi peneraju ekonomi di rantau Asia Tenggara. Demi mencapai hasrat ini, kerajaan bermatlamat untuk mencapai sasaran muncul sebagai 30 ekonomi terbesar di dunia dalam jangka masa sederhana. Dr. Adilah A. Wahab PMX menggariskan kerangka Ekonomi MADANI yang membolehkan Malaysia mencapai pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.5 ke 6.0 peratus dan seterusnya muncul sebagai negara yang tersenarai dalam 30 ekonomi terbesar dunia. Namun begitu, adakah sasaran untuk menjadi 30 ekonomi terbesar dunia mampu mengukuhkan mata wang Ringgit? Untuk rekod, Ringgit telah mengukuh berbanding dolar AS iaitu 4.6190/AS pada 13 Julai 2023 daripada 4.6500/AS pada 12 Julai 2023. Baru-baru ini, Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada 8 Ogos 4.5860/AS berbanding 4.5815/AS pada 7 Ogos 2023. Menurut sesetengah pakar ekonomi, Ringgit […]