trending_flat

Pemberian elaun pelajar LI oleh GLC langkah wajar

Oleh: Dr. Elya Nabila Abdul Bahri Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri untuk menetapkan jumlah elaun perantisan minimum kepada pelajar latihan industri (LI) pada kadar RM800 sebulan baru-baru ini menunjukkan keprihatinan kerajaan selaras dengan konsep Malaysia Madani. Sebelum ini, ada cadangan jumlah elaun pelajar LI sekitar RM600 hingga RM800 bagi kawasan luar bandar, dan antara RM800 ke RM1,000 untuk kawasan bandar. Jika elaun ini tidak diberikan, pelajar akan berasa tertekan dan berada dalam dilema di antara tuntutan bergraduat dan hak untuk kelangsungan hidup di luar kampus. Dr. Elya Nabila Abdul Bahri Memandangkan pemberian elaun ini akan meningkatkan kos buruh sesebuah syarikat, maka pemberian elaun diwajibkan kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai peneraju perlaksanaan merupakan suatu permulaan yang wajar. Sebagai syarikat yang kukuh, perlaksanaan pemberian elaun perantisan di kalangan GLC adalah dilihat dalam skop kemampuan industri. Malahan, ada sesetengah syarikat yang […]

trending_flat

Tiada lagi Tanah Melayu, yang ada hanya Malaysia

Oleh: Datuk A Kadir Jasin Kita adalah negara persekutuan. Iaitu gabungan 13 buah negeri, tidak termasuk Wilayah Persekutuan. Waktu merdeka tahun 1957, negara kita dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu. Natijahnya, apabila namanya Persekutuan Tanah Melayu, tidaklah ada keraguan berkenaan siapa tuan punya atau tuan rumah negara itu. Tetapi apabila ditubuhkan Malaysia pada tahun 1963 dengan kemasukan Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak, nama Persekutuan Tanah Melayu ditukar menjadi Persekutuan Malaysia. Mulai saat itu timbullah tuntutan "Malaysian Malaysia". Bagi orang Melayu yang "meratib" berkenaan negeri atau negara Melayu, mereka kena terima hakikat bahawa Persekutuan Tanah Melayu sudah tidak ada lagi. Sudah jadi bekas. Yang ada adalah Malaysia. Negara yang dulu dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu sekarang ini dipanggil Semenanjung Malaysia. Persekutuan Tanah Melayu hanya tinggal dalam sejarah dan ingatan orang lama. Singapura "dikeluarkan" pada tahun 1965 dan sekarang ini Sarawak dan […]

trending_flat

Pilihlah korban yang terbaik

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Ibadah korban disambut setiap tahun oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia melibatkan penyembelihan pelbagai jenis haiwan ternakan khususnya haiwan yang mempunyai empat kaki yang diternak. Bagi umat Islam di Malaysia, haiwan yang menjadi pilihan korban adalah lembu, kerbau dan kambing. Sebahagian besar haiwan ini diimport dari negara luar bagi memenuhi keperluan ibadah korban tempatan. Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Dalam lipatan sejarah, peristiwa korban yang awal melibatkan kisah korban Habil dan Qabil bagi menentukan siapa yang layak untuk mengahwini Iqlima. Persembahan korban melibatkan hasil tanaman oleh Qabil dan haiwan oleh Habil, tetapi korban Habil telah diterima Allah. Ia disebut dalam al-Quran, surah al-Ma’idah, ayat 27. Dalam kisah berikutnya, yang menjadi asas kepada perlaksanaan ibadah korban hingga ke hari ini adalah kisah korban Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS yang kemudiannya […]

trending_flat

Sediakan tabung untuk ibadah korban

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Bulan Zulhijjah merupakan bulan terakhir dan penutup bagi kalender tahun Qamariah sebelum meraikan kehadiran tahun baharu. Bulan zulhijjah juga termasuk dalam empat bulan haram dan dijanjikan Allah dengan ganjaran pahala yang dilipatgandakan. Sebagai bulan penutup, Zulhijjah adalah bulan yang disambut dengan penuh kesyukuran dan keinsafan. Pelbagai amal ibadat telah diatur sejak dari 1 Zulhijjah sehinggalah ke hari tasyrik pada 13 Zulhijjah. Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Salah satu ibadah yang disyariatkan dan diwariskan semenjak zaman Nabi Ibrahim AS adalah amalan mengorbankan haiwan ternakan. Ia dilaksanakan selepas solat sunat Aidil adha hinggalah sebelum terbenamnya matahari pada 13 Zulhijjah. Lazimnya haiwan yang dikorbankan adalah binatang ternakan seperti unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri. Daging haiwan yang dikorbankan kemudiannya dibahagikan sama ada dalam keadaan mentah atau dimasak dan diagihkan kepadapelbagai pihak. Ia termasuklah golongan yang […]

trending_flat

Mencari erti pengorbanan dalam mengurus kewangan

Oleh: Dr Mohd Zaidi Md Zabri Beberapa hari lagi, umat Islam seantero dunia bakal menyambut Hari Raya Aidiladha yang juga merupakan antara perayaan terbesar dalam Islam. Dr Mohd Zaidi Md Zabri Aidiladha juga begitu sinonim dengan konsep pengorbanan rentetan kesediaan Nabi Ibrahim AS mengorbankan anaknya, Nabi Ismail AS, sebagai lambang ketaatan terunggul kepada Allah SWT. Oleh yang demikian, konsep pengorbanan adalah penting dalam pembentukan identiti seseorang Muslim dan memupuk semangat pengabdian dalam sebenar-benar erti hamba Allah SWT (Abdullah). Namun begitu, alangkah ruginya kita membiarkan makna korban di bulan Zulhijah ini terhenti setakat mengerjakan ibadah korban semata. Sedangkan konsep pengorbanan juga harus dimaknai oleh setiap Muslim dalam segala aspek kehidupan—termasuklah pengurusan kewangan. Ini kerana pengorbanan merupakan tiang seri dalam menjayakan sesuatu pelan perancangan kewangan. Berikut merupakan antara sebab musabab mengapa memaknai erti pengorbanan bakal menjayakan agenda perancangan kewangan yang lestari. Pertama, […]

trending_flat

Ibadat korban instrumen keterjaminan makanan umat Islam

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Pandemik COVID-19 telah meninggalkan pelbagai pengalaman dan pengajaran. Di antaranya adalah isu berkaitan dengan keterjaminan makanan. Banyak pihak yang terputus bekalan makanan akibat perintah larangan pergerakan. Pada asasnya, krisis keterjaminan makanan ini melibatkan masalah peringkat global sama ada sebelum atau pasca pandemik. Tetapi apabila situasi pandemik berlaku, lebih ramai pihak yang mengalami krisis makanan hingga terpaksa mengangkat bendera putih. Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Program Makanan Sedunia (WFP) telah memberikan amaran awal bagi tempoh Jun-November 2023. Tindakan kemanusiaan segera perlu diambil bagi 18 kawasan panas krisis kelaparan di 22 buah negara. Di kawasan ini, sebahagian daripada penduduk berkemungkinan akan menghadapi kemerosotan ketara tahap keterjaminan makanan akut yang mencetuskan risiko terhadap nyawa. Malahan menurut Bank Dunia, kenaikan inflasi harga makanan domestik kekal […]

trending_flat

Penternak lembu jadi ‘korban’ ekonomi semasa

Oleh: Prof. Madya Dr. Amanuddin Shamsuddin Isu ekonomi negara dan peningkatan kos sara hidup yang sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa ini memberi kesan kepada banyak pihak. Rata-rata rakyat mengeluh dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang terpaksa didepani oleh mereka. Keluhan mereka bukan berkaitan dengan sesuatu kemahuan (wants - nice to have) tetapi menjurus kepada keperluan asas (necessity - need to have) seperti barangan makanan, pakaian, tempat tinggal dan perkhidmatan asas seperti pengangkutan, perubatan dan pendidikan. Antara yang terkesan dengan situasi ini adalah penternak atau pengusaha lembu yang mengalami kemerosotan penjualan lembu-lembu mereka khususnya menjelang Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban pada 29 Jun 2023 ini. Prof. Madya Dr. Amanuddin Shamsuddin Lazimnya, penternak lembu adalah golongan yang teruja untuk menyambut Hari Raya Korban, selain dari jemaah haji yang berada di Tanah Suci Mekah. Ini adalah kerana […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation