trending_flat

Akuaponik di sekolah beri pendedahan awal pertanian bandar dan keterjaminan makanan

Dr. Mohd Istajib Mokhtar Program Sains Kelestarian Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi Fakulti Sains, Universiti Malaya. Dr. Abd. Aziz Rekan Program Pendidikan Islam Jabatan Sejarah, Tamadun dan Pendidikan Islam Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Konsep dan dasar keterjaminan makanan Keterjaminan makanan merupakan krisis global yang semakin menjadi perhatian, bukan sahaja di kalangan para penyelidik bahkan para pemimpin dunia. Krisis ini menjadi semakin mendesak apabila isu-isu seperti pertumbuhan populasi, perubahan iklim dan konflik perseteruan negara-negara pengeluar makanan yang tidak berkesudahan telah menjejaskan ekosistem dan bekalan makanan seantero dunia. Sebelum mengulas lanjut isu ini, kita perlu memahami terlebih dahulu definisi dan konsep keterjaminan makanan. Menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia (FAO), keterjaminan makanan bermaksud akses kepada makanan yang mencukupi, selamat, dan berkhasiat bagi semua individu untuk menjalani kehidupan sihat dan aktif. Empat dimensi utama keterjaminan makanan termasuklah: 1) ketersediaan makanan, 2) akses […]

trending_flat

Akuaponik dalam pendidikan lestari: Galak guru kongsi kemahiran

Oleh: Dr. Abd. Aziz Rekan, Dr. Mohd Istajib Mokhtar Pendidikan Pembangunan Mampan atau Education for Sustainable Development Goals (ESD) menuntut para pendidik menjadi lebih proaktif dan inovatif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi menyeimbangkan pembangunan intelektual, fizikal, emosi dan spiritual. Sistem pendidikan tidak lagi boleh bergerak secara berasingan tetapi hendaklah dilaksanakan secara bersepadu merentas kurikulum dan seimbang antara teori dan amali, di dalam atau di luar bilik darjah. Dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan atau Sustainable Development Goals (SDGs), pembangunan tidak boleh hanya dilihat dari dimensi sains dan teknologi semata-mata tanpa menitikberatkan aspek moral dan agama dalam satu kerangka yang holistik.   Akuaponik berperanan sebagai medium pendidikan lestari menerusi integrasi elemen sains, teknologi, dan etika. Akuaponik merupakan satu sistem yang menyerupai ekosistem semula jadi. Sistem ini mengajar konsep simbiotik antara haiwan dan tumbuhan, memupuk pengurusan sumber air dan tenaga yang cekap […]

trending_flat

POTENSI KIAU DIBANGUNKAN SELARAS PEMILIHAN  KAMPUNG ANGKAT MADANI: EWON 

KOTA BELUD, 8 Disember – Potensi Kampung Kiau dalam bidang pertanian, pelancongan dan aktiviti sukan lasak akan dibangunkan selaras pemilihan kampung itu sebagai Kampung Angkat MADANI, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick. Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian memilih Kampung Kiau sebagai Kampung Angkat MADANI kerana kampung itu amat dekat dihatinya dan menyedari masih banyak keperluan dan pembangunan yang diperlukan di kampung itu. “Saya memilih kampung ini kerana saya membesar dan bersekolah  di sini. Saya juga melihat masih banyak keperluan dan masalah yang perlu ditangani di sini. “Saya yakin melalui pemilihan kampung ini sebagai Kampung Angkat MADANI, kita dapat menangani masalah dan membangunkan potensi kampung ini terutamanya dalam bidang keusahawanan, pertanian, pelancongan dan aktiviti sukan lasak,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kampung Angkat MADANI Kampung Kiau dan perasmian Tamu Desa […]

trending_flat

Potensi kajian bioteknologi jamin kemakmuran industri pisang negara

Oleh: Dr Nurulaini Abu Shamsi, Junaimah Jasman Bioteknologi bukanlah bidang asing di Malaysia. Dalam usaha menjadikan bioteknologi sebagai penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi, Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Dasar Bioteknologi Negara (2005-2020) yang bertujuan merancang dan melaksanakan pembangunan sektor ini selama 15 tahun. Dasar ini telah mendorong penubuhan pelbagai institusi penyelidikan serta pelaksanaan aktiviti penyelidikan bioteknologi secara giat di seluruh negara. Sebagai kesinambungan, pada tahun 2022, kerajaan menggubal Dasar Bioteknologi Negara 2.0 (2022-2030) untuk memperkukuhkan lagi ekosistem bioteknologi sedia ada. Dasar ini bertujuan menjadi pemangkin dalam menyelesaikan cabaran negara seperti keselamatan makanan, pengurusan pandemik, dan krisis iklim melalui penyelesaian berasaskan bioteknologi tempatan. Bidang bioteknologi dilihat sebagai platform yang holistik dengan potensi besar untuk memberikan manfaat jangka panjang kepada negara. Namun, bagaimana bidang ini mampu membantu dalam sektor pertanian seperti penanaman pisang? Artikel ini merungkai peranan bioteknologi dalam menangani cabaran penanaman pisang […]

trending_flat

EKOSISTEM PADI-IKAN-ITIK YANG TERSENARAI DI UNESCO MEMBERI MANFAAT KEPADA GUIZHOU DI BARAT DAYA CHINA

EKOSISTEM PADI-IKAN-ITIK YANG TERSENARAI DI UNESCO MEMBERI MANFAAT KEPADA GUIZHOU DI BARAT DAYA CHINA  Padi memasuki musim menuai di Perbandaran Jiabang, Daerah Congjiang, Wilayah Guizhou di barat daya China GUIYANG, China, 19 Sept (Bernama) -- Daerah Congjiang, Wilayah Guizhou di barat daya China, yang menempatkan banyak kumpulan etnik, mewarisi satu pertanian tradisional Cina kuno dan mempesonakan -- terbentang luas di lereng-lereng gunung yang diukir menjadi bendang sawah di mana padi, ikan dan itik membiak dan tumbuh subur di dalam kewujudan bersama. Kejayaan pertanian yang mengagumkan itu untuk menanam padi satu musim, memelihara sekumpulan ikan dan menternak sekumpulan itik di dalam sawah padi yang sama telah diwarisi selama beribu-ribu tahun di Congjiang. Ekosistem padi-ikan-itik di daerah itu telah disenaraikan sebagai satu projek perintis untuk perlindungan Sistem Warisan Pertanian Penting Global (GIAHS) pada tahun 2011, dan menjadi kumpulan pertama bagi warisan kebudayaan pertanian penting di […]

trending_flat

Pengapungan harga diesel : KPKM adakan sesi libat urus bersama penyedia perkhidmatan mekanisasi pembajakan dan penuaian

PUTRAJAYA, 22 OGOS 2024 – Susulan daripada pelaksanaan pengapungan harga diesel oleh Kerajaan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah melaksanakan sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan dalam industri di seluruh negara bagi mendapatkan maklum balas berkenaan peningkatan kos operasi jentera dan kos upah dalam rantaian aktiviti penanaman padi. Pada hari ini, sesi libat urus KPKM bersama para penyedia perkhidmatan mekanisasi pembajakan dan penuaian turut diadakan bertujuan untuk mendapatkan maklum balas pasaran terhadap kos upah yang lebih relevan dan tidak membebankan para pesawah. Sebagai reaksi segera, KPKM mengesyorkan dua cadangan langkah intervensi untuk menangani isu tersebut iaitu melalui jadual harga siling kos upah terkini yang telah mengambil kira harga diesel semasa, serta langkah intervensi jangka masa panjang melalui pelaksanaan pendaftaran jentera pembajakan dan penuaian di lapangan bagi kajian dan penelitian program bantuan bersasar yang bersesuaian. Sebagai makluman, pengesyoran jadual […]

trending_flat

Melaka ‘duta’ promosi nanas

Oleh Nursaliawati Salberi / MELAKA HARI INI BANDA HILIR 11 Ogos – Negeri Melaka memainkan peranan penting dalam membantu Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) mempromosikan buah-buahan itu hingga ke luar negara. Pengerusinya, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, meskipun Melaka sebuah negeri yang kecil dan tanaman nanasnya tidak sehebat Sarawak dan Johor, namun negeri pelancongan itu memainkan peranan penting sebagai duta tidak rasmi untuk mempromosikan buah-buahan itu. SEKITAR pengagihan nanas secara percuma di Bangunan Stadthuys, Banda Hilir. - MELAKA HARI INI “Untuk tanaman nanas ini setiap negeri ada kekuatan berbeza seperti Sarawak, mereka bercadang untuk membuka lagi 20 hektar tetapi Melaka tidak mampu lakukan itu tetapi saya katakan kita akan fokus kepada agropelancongan. “Walaupun kecil, Melaka memainkan peranan penting dalam mempromosikan nanas kerana negeri ini menjadi pusat tumpuan pelancong dan sekali gus berfungsi sebagai duta tidak rasmi. “Apabila pelancong ke negeri […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation