trending_flat

Fadillah adakan Misi ke EU dan UK

PUTRAJAYA 27 Mei 2023 - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK),Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof akan mengadakan Misi ke Kesatuan Eropah (EU) di Brussels, Belgium disusuli dengan Lawatan Rasmi ke London, United Kingdom pada 28 Mei 2023 hingga 4 Jun 2023. Menurut KPK dalam satu kenyataan hari ini, misi ke EU merupakan misi bersama Kerajaan Malaysia dengan KerajaanIndonesia di bawah Majlis Negara-Negara Pengeluar Sawit (CPOPC) berikutan persetujuan antara Fadillah danMenteri Koordinator Bidang Perekonomian Indonesia (KOMENKO), Dr. (H.C) Ir. Airlangga Hartarto, pada 9 Februari 2023 di Jakarta, Indonesia untuk terus menjaga kepentingan sektor sawit menerusi pemerkukuhan usaha menangani diskriminasi terhadap minyak sawit. "Hal ini merupakan tindak balas susulan pengumuman pelaksanaan European Union Deforestation Regulations (EUDR) oleh EU pada 6 Disember 2022 yang bertujuan menghalang penyahhutanan oleh aktiviti pertanian di seluruh dunia. Tindakan tersebut boleh dianggap sebagai suatu kawalan […]

trending_flat

Mohamad Sabu ke Indonesia, teroka teknologi baru industri padi

PUTRAJAYA 17 Mac 2023 - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, B Datuk Seri Mohamad bin Sabuakan mengetuai delegasi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ke Republik Indonesia bagi lawatan kerja selama 3 haribermula 17 hingga 20 Mac 2023. Menurut KPKM, tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk meneroka teknologi dan pendekatan baharu yang digunapakai Indonesia dalam meningkatkan pengeluaran hasil padi. "Lawatan ini selaras dengan Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2.0 KPKM untuk meningkatkan hasil pengeluaran padi dan beras negara sebagai makanan ruji rakyat Malaysia. YB Menteri akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Bapak Harvick Hasnul Qolbi, Wakil Menteri Pertanian Republik Indonesia pada 20 Mac 2023 bagi mengukuhkan kerjasama dalam sektor pertanian termasuk ekonomi, pelaburan dan teknikal. Turut dijadualkan, lawatan ke Pusat Penelitian Pengembangan dan Penerapan Bioteknologi di Serang, Banten bagi melihat dengan lebih dekat kejayaan industri padi Indonesia." kata KPKM dalam satu […]

trending_flat

Turkiye rakan dagang pertanian berpontensi tinggi

KUALA LUMPUR, 1 MAC 2023 – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) Datuk Seri Mohamad bin Sabu telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Emir Salim Yüksel, Duta Besar Turkiye di Malaysia pada 28 Februari 2023 di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Kuala Lumpur. Menurut MAFS pertemuan kali pertama itu adalah bagi membincangkan kerjasama dua hala dalam bidang pertanian terutamanya dalam bidang pertanian moden dan penyelidikan pertanian. "Kedua-dua negara turut bersedia untuk memperkukuhkan kerjasama perdagangan dalam bidang pertanian selaras dengan keperluan bagi menjamin sumber makanan yang mampan dan berterusan. Dalam pertemuan ini, Turkiye bersedia menawarkan sumber daging, ayam dan produk ayam, madu dan buah-buahan untuk dieksport ke Malaysia. Tambahan pula, Turkiye juga bersedia berkongsi kepakarannya dalam bidang teknologi pertanian moden dan mekanisasi untuk membantu industri pertanian Malaysia." kata MAFS. Turkiye merupakan rakan dagang pertanian yang berpotensi tinggi untuk Malaysia. Untuk rekod, […]

trending_flat

MAFS Dan M-FICORD Sasar Pemodenan Sektor Agromakanan Bakal Jana Peluang Pekerjaan Tempatan

KUCHING, 21 FEBRUARI 2023 – Usaha pemodenan sektor agromakanan adalah pemangkin bagi menarik minat bakat muda menceburi bidang tersebut dan seterusnya mengalakkan penjanaan peluang pekerjaan di Sarawak. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) YB Chan Foong Hin berkata demikian ketika kunjungan hormat ke atas Menteri Industri Makanan, Komoditi & Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD), YB Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, di pejabatnya di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak, hari ini. Kunjungan ini adalah bersempena lawatan sulung YB Chan Foong Hin ke Sarawak sejak dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada 9 Disember 2022. Pertemuan ini penting bagi membincangkan kerjasama dua hala dalam mengeratkan kerjasama strategik Kementerian di peringkat Persekutuan dan Kerajaan Wilayah Sarawak dalam memastikan keterjaminan makanan negara. Chan turut menekankan bahawa pembangunan industri asas tani bakal menambah nilai eksport didorongi oleh usaha meneroka pasaran antarabangsa, terutamanya […]

trending_flat

Singapura Dan Malaysia Komited Berkongsi Kepakaran Dalam Bidang Pertanian Moden

KUALA LUMPUR, 17 Februati 2023 – Kepentingan membangunkan pertanian moden dan aplikasi teknologi pintar dalam sektor pertanian adalah antara perkara yang dibincangkan semasa kunjungan hormat TYT Vanu Gopala Menon, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Kuala Lumpur pada Rabu, 16 Februari 2023. Pertemuan ini adalah penting bagi membincangkan kerjasama dua hala kedua-dua negara dalam sektor pertanian khususnya berkaitan perdagangan agromakanan. Mohamad turut menyatakan bahawa kestabilan bekalan makanan adalah isu global dan perlu ditangani bersama oleh Malaysia dan Singapura. Dalam masa yang sama, Malaysia turut mempelawa Singapura untuk bersama-sama meningkatkan bekalan makanan melalui pelaburan dalam sektor pertanian moden di Malaysia. Tambahan pula, Singapura bersedia untuk berkongsi teknologi dankepakarannya dalam bidang pertanian pintar. Singapura merupakan rakan dagang pertanian yang penting untuk Malaysia. Untuk rekod, daripada Januari hingga Oktober 2022, nilai perdagangan dalam sektor pertanian di antara Malaysia […]

trending_flat

TPM berkunjung ke Lembaga Lada Malaysia cawangan Sibu

SIBU, 6 JANUARI 2023 - Dalam usaha untuk merapatkan hubungan antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK) Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof telah memulakan siri lawatan dan kerja rasmi ke Sarawak. Pada hari ini, Fadillah telah berkunjung ke salah satu agensi bawah KPK iaitu Lembaga Lada Malaysia (MPB) di pejabat cawangan dalam daerah Sibu, Sarawak. Menurut KPK dalam satu kenyataan hari ini, sehingga kini, MPB memiliki sembilan (9) buah pejabat cawangan di seluruh negeri Sarawak yang diselia oleh Pejabat Wilayah Sarawak iaitu di Serian, Sri Aman, Betong, Bintangor, Sarikei, Bintulu, Miri, Belaga dan Sibu serta dua (2) buah pejabat wilayah masing – masing di Semenanjung Malaysia (Johor) dan juga Sabah (Kota Kinabalu). "MPB Sibu secara khususnya berperanan dalam menyelia aktiviti industri lada yang meliputi kawasan Sibu, Mukah dan Kapit (kecuali daerah Belaga yang […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation