trending_flat

HDC SAMBUT BAIK PELANTIKAN DATO’ DR. SIRAJUDDIN SUHAIMEE SEBAGAI KETUA PENGARAH JAKIM DAN DATIN PADUKA HAJAH HAKIMAH YUSOFF SEBAGAI PENYELARAS HAL EHWAL HALAL

PETALING JAYA, 2 Okt (Bernama) -- Halal Development Corporation Berhad (HDC) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee di atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang baharu. Pengerusi HDC, Khairul Azwan Harun berkata, “Saya yakin bahawa di bawah kepimpinan Dato’ Dr. Sirajuddin, JAKIM akan terus maju dan memainkan peranan yang lebih signifikan dalam memperkukuhkan nilai-nilai Islam serta mempromosikan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.” HDC turut berbesar hati dengan pelantikan Datin Paduka Hajah Hakimah Yusoff sebagai Penyelaras Hal Ehwal Halal Negara yang melibatkan koordinasi antara JAKIM, HDC dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Menurut Azwan, pelantikan Datin Paduka Hajah Hakimah sebagai Penyelaras Hal Ehwal Halal merupakan pengiktirafan yang sangat bermakna terhadap kepimpinan dan dedikasi beliau dalam bidang pensijilan halal, dan ia pasti akan memacu usaha-usaha untuk memperkukuhkan industri halal negara serta membawa manfaat besar kepada […]

trending_flat

KPKT memudah Tatakelola Prosedur Permohonan Pemajuan Kilang Tanaman (Plant Factory) bagi menyokong Ekosistem Industri Tanaman Keterjaminan Makanan Negara

SELANGOR, 12 September 2024 – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming telah menyempurnakan Pelancaran Garis Panduan Perancangan Kilang Tanaman ‘Plant Factory’ (GPP KiTa) di Laman Sayur MARDI bersempena MAHA 2024, Serdang, Selangor. Kredit Foto: KPKT Menurut KPKT, GPP Kilang Tanaman (GPP KiTA) itu merupakan salah satu ikhtiar dan usaha KPKT di bawah aspek tatakelola untuk menyeragam serta memudah cara proses permohonan dan kelulusan perancangan bagi menyokong `ease of doing business’ sama ada di pihak pengusaha, atau pihak berkuasa untuk melengkapi keseluruhan ekosistem industri tanaman makanan negara. Kredit Foto: KPKT “GPP KiTa telah diangkat dan dipersetujui Jemaah Menteri melalui Memorandum Jemaah Menteri pada 20 Jun 2024 dan Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) Ke-83 yang telah bersidang pada 10 September 2024. GPP ini telah disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan […]

trending_flat

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 - Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan di perairan NegeriSembilan dan Melaka telah ditarik balik. Menurut Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), ia berikutan penurunan tahap biotoksin ke paras selamat. Pemantauan rapi DOF dan analisis makmal yang konsisten, keputusan ini diambil kerana bacaan biotoksin telah menunjukkan penurunan di bawah 400 ppb bagi sampel ke-15 . Dengan ini, aktiviti perikanan di kawasan terjejas boleh diteruskan seperti biasa." kata DOF dalam satu kenyataan hari ini. Tambah DOF, orang ramai dinasihatkan supaya terus berwaspada dan mengikuti perkembangan lanjut dari pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan makanan terjamin

trending_flat

Memperkasa Akuakultur ke arah Keterjaminan Makanan Negara

BANGI, 6 Ogos 2024 - Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup telah merasmikan Seminar Akuakultur 2024 bertemakan Memperkasa Akuakultur ke Arah Keterjaminan Makanan Negara semalam. Seminar anjuran Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) yang diadakan secara hibrid ini memberi pengkhususan kepada aspek membudayakan teknologi moden, lestari dan berdaya saing. Seramai 350 orang peserta menyertai seminar itu terdiri daripada pemain industri, penternak akuakultur dan persatuan-persatuan penternak seluruh Malaysia. Menurut Athur, penganjuran seminar tersebut bertepatan dengan salah satu hala tuju Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) iaitu memperkasakan industri akuakultur bagi mengurangkan kebergantungan sumber perairan semulajadi (perikanan tangkapan) dan beralih kepada ternakan akuakultur yang memfokuskan kepada spesies utama serta ternakan berproduktiviti tinggi dengan aplikasi teknologi terkini. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup “Sektor akuakultur merupakan salah satu fokus utama KPKM dalam memastikan sumber makanan yang mencukupi […]

trending_flat

Menteri KPKM dan KM Sabah bincang optimumkan penggunaan tanah ke arah keterjaminan makanan negara

KOTA KINABALU, 13 Julai 2024 - Ketika mengadakan pertemuan kunjung hormat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Haji Mohamad telah berbincang mengenai kerjasama KPKM dengan Kerajaan Negeri Sabah bagi mengoptimumkan penggunaan tanah ke arah keterjaminan makanan negara serta kerjasama dalam melaksanakan projek pembangunan yang meliputi pemerkasaan sektor ternakan, tanamandan aktiviti pengeluaran serta pemasaran produk hiliran di negeri itu. Menurut KPKM, Kerajaan Persekutuan melalui Belanjawan 2024 telah meluluskan peruntukan sebanyak RM150 juta bagi pelaksanaan projek pembangunan bersama Kerajaan Negeri yang merupakan inisiatif belanjawan khas bagi tahun 2024 yang bertujuan untuk membangunkan dan mengoptimumkan penggunaan tanah bagi meningkatkan hasil produk agromakanan negara. "Daripada jumlah tersebut, KPKM telah memperuntukkan sebanyak RM33,593,226.00 kepadaKerajaan Negeri Sabah yang merupakan peruntukan tertinggi berbanding negeri-negeri yang lain. Peruntukan di bawah program ini telah disalurkan secara […]

trending_flat

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia menghasilkan lebih 8 juta tan metrik sisa makanan setiap tahun, atau hampir 20 ribu tan setiap hari. Lebih memeranjatkan, 24 peratus daripada jumlah ini, atau sekitar 4 ribu tan sisa tersebut merupakan makanan yang masih elok untuk dimakan. Jumlah ini dikatakan mencukupi untuk menyediakan makanan sebanyak 3 kali sehari kepada 2.9 juta individu. Menyedari hakikat ini, seramai 10 orang mahasiswa Asasi Sains Sosial dari Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) telah meluangkan masa bersama sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ‘The Lost Food Project’ menyelamatkan lebih 100 kilogram sayur-sayuran dan buah-buahan dari pasar dan pembekal di seluruh Lembah Klang, baru-baru ini. Sayur tersebut kemudiannya telah diagihkan kepada PPR sekitar Kuala Lumpur. Sukarelawan dari Pusat Asasi Sains Universiti Malaya Muhammad Irfan Mohd Sukri “Walaupun kami hanya berkesempatan untuk menyertai aktiviti […]

trending_flat

Struktur semula dasar keterjaminan makanan kita

Oleh: Dr. Adilah A. Wahab Di sebalik pengukuhan dan kerjasama strategik yang giat dijalankan oleh kerajaan dalam mempromosikan minyak kelapa sawit secara global, isu keterjaminan makanan yang berkait dengan bahan makanan utama rakyat Malaysia seperti beras, buah-buahan, sayur-sayuran, ternakan dan hasil laut masih kurang diberi perhatian. Kita perlu sedar bahawa isu keterjaminan makanan wujud apabila rakyat tidak mempunyai akses fizikal dan ekonomi kepada makanan selamat dan berkhasiat yang mencukupi dan memenuhi keperluan diet untuk kehidupan yang aktif dan sihat. Kini didapati harga sayur-sayuran dan buah-buahan di pasar meningkat antara 50 sen hingga RM4 sekilogram (kg). Para penjual menyatakan kenaikkan harga ini adalah berikutan kekurangan pengeluaran yang tidak dapat menampung permintaan yang tinggi. Dr. Adilah A. Wahab Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menggunakan indikator nisbah sara diri (SSR) untuk melihat keupayaan sesuatu pengeluaran bahan makanan bagi sesebuah negara mencukupi untuk memenuhi keperluan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation