Hafizy Akmal bakal usahawan farmasi berjiwa besar.
Dilahirkan di Ayer Keroh, Melaka, Hafizy Akmal Hamzah, 23 tahun, adalah contoh pemuda yang menggabungkan semangat tinggi, kecerdasan akademik, dan jiwa keusahawanan. Sebagai anak sulung daripada lima beradik, Hafizy bukan sekadar pelajar jurusan farmasi di UiTM Puncak Alam, tetapi juga pemimpin, usahawan, dan atlet yang aktif. Kehidupannya penuh dengan inspirasi dan dedikasi, menjadikannya role model bagi generasi muda. Asas Kejayaan Bagi Hafizy, bapanya, Hamzah Ahmad Ali, adalah sumber inspirasi utama. Sebagai pengasas GG Pools Construction, bapanya membuktikan bahawa kejayaan boleh dicapai walaupun bermula dari kosong. “Ayah selalu kata, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Tapi bagi saya, ayah bukan sekadar pecahkan ruyung, dia bina kolam sekali!” ujar Hafizy sambil tersenyum. Selain bapanya, Hafizy juga terinspirasi oleh tokoh farmasi seperti Dr. Mohammad Sharif Abu Hassan dan Rph Hendrawati Sapuan, yang menunjukkan betapa pentingnya ilmu dan dedikasi dalam bidang profesional. Dalam […]