• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Anwar imbas kad perakam waktu di Bangunan Putra Perdana

Spread the love

25 November 2022 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah tiba di Bangunan Putra Perdana pada jam 9.00 pagi dengan disambut oleh Ketua Setiausaha Negara dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir
ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.

Menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang diiringi pegawai-pegawai kanan kerajaan dibawa mengimbas kad perakam waktu sebagai tanda bermulanya tugas beliau sebagai Perdana Menteri ke-10.

“Sejurus selesai mengimbas kad perakam waktu, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar terus bergerak ke ruang pejabat Perdana Menteri untuk menandatangani buku selamat datang dan selamat bertugas.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar, 75 tahun telah diperkenankan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu berkuatkuasa 24 November 2022.

Seluruh warga Jabatan Perdana Menteri mengalu-alukan kedatangan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10.” kata JPM.

Lagi berita Am :

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation