• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Menangani kos sara hidup menjadi keutamaan Anwar

Spread the love

PUTRAJAYA, 25 November 2022 – Menangani kos sara hidup yang semakin meningkat merupakan keutamaan kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri ke 10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Walau ada (petanda) positif umpamanya dengan kekuatan ringgit dan juga soal bursa saham yang menunjukkan keyakinan kepada pentadbiran kerajaan sekarang.

Saya rasa, keutamaan itu harus terhadap kos sara hidup iaitu harga barang yang mencengkam dan menekan kehidupan rakyat,” kata beliau pada sidang media pada hari pertamanya di Perdana Putra di sini hari ini.

Anwar turut bertemu dengan pegawai tertinggi kerajaan antaranya Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah.

Dia turut memaklumkan bahawa satu pertemuan dengan agensi dan jabatan berkaitan akan diadakan selewat-lewatnya Isnin ini bagi membincangkan isu kos sara hidup termasuk harga barang.

Lagi berita Am :

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation