• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

KKR sambut baik keputusan Jemaah Menteri

Spread the love

KUALA LUMPUR, 5 JANUARI 2023 – Keputusan Jemaah Menteri untuk mengiktiraf Jabatan Kerja Raya JKR Negeri Sarawak dan Jabatan Kerja Raya JKR Negeri Sabah sebagai Jabatan Teknik Kerajaan disambut baik oleh Kementerian Kerja Raya (KKR).

Menterinya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata dengan pengiktirafan itu JKR Sabah dan Sarawak diberi kuasa mentadbir urus projek-projek pembangunan persekutuan pada kadar sehingga RM50 juta.

“Keputusan ini akan melibatkan pindaan Arahan Perbendaharaan 182 (AP 182) yang menetapkan sebelum ini bahawa semua Jabatan Bukan Teknik hendaklah mendapatkan perkhidmatan daripada Jabatan Teknik yang diiktiraf sahaja iaitu JKR Malaysia dan JPS Malaysia bagi melaksanakan semua projek Kerajaan (perkara 182.1).

Di samping itu Kementerian Kerja Raya juga berpandangan supaya satu garis panduan perlu dibincang dan disediakan bersama Agensi Pusat bagi menentukan perincian berhubung agihan bidang kuasa, peranan dan tanggungjawab pihak yang
terlibat dalam pelaksanaan projek-projek kedua-dua negeri berkenaan. ” kata Alexander dalam satu kenyataan hari ini.

Mengenai status pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo, KKR memaklumkan bahawa sehingga kini pelaksanaan fasa 1 projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dan Sabah masing-masing telah mencapai kemajuan fizikal 91% dan 73%.

“Keseluruhan fasa 1 LPB Sarawak dijangka siap pada akhir tahun ini (2023) kecuali bagi pakej 11 (Lambir dan Beluru) yang dijangka akan siap pada tahun 2024 berikutan terdapat perubahan skop projek. Untuk fasa 1 LPB Sabah pula ia dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun 2025.

Manakala fasa ke-2 LPB Sarawak pula akan melibatkan jajaran Miri-Limbang-Lawas (Lebuhraya Transborneo), fasa ke-2 projek Sarawak Sabah Link Road (SSLR) ; dan fasa 1B bagi projek LBU Sabah – keseluruhan melibatkan anggaran kos projek
sebanyak RM26.2 bilion.” kata KKR.

Tambah KKR, semua projek baharu berkenaan telah memperoleh kelulusan prinsip dari Jemaah Menteri pada bulan April 2022. Pembinaan fizikal dijangka akan bermula pada tahun 2024 iaitu sebaik sahaja bajet 2023 diluluskan Parlimen dan pengesahan kelulusan peruntukan diterima dari Agensi Pusat.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation