13 JANUARI 2023 – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) komited untuk memastikan setiap fasiliti telekomunikasi di kawasan yang terjejas banjir berfungsi dengan baik.
Dalam satu kenyataan hari ini, Menterinya Fahmi Fadzil menyatakan bahawa terdapat 1,296 buah menara telekomunikasi di negeri Kelantan, yang mana 100 daripadanya mengalami kerosakan akibat banjir pada tahun 2022.
“Alhamdulilah semuanya telah diperbaiki dan berfungsi. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut membuat penambaikan pengerasan sebanyak 127 buah menara.
Hari ini saya melawat menara telekomunikasi di Bendang Pak Yong Tumpat. SKMM telah menambahbaik menara ini menggunakan konsep Multi Operator Core Network (MOCN), di samping itu pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga telah meninggikan tapak 9 buah sub stesen yang berdekatan bagi memastikan punca bekalan elektrik tidak terjejas akibat banjir.” kata Fahmi.
Tambahnya, KKD turut mengambil peluang untuk menyantuni mangsa-mangsa banjir.
Katanya, sumbangan bantuan berupa barangan keperluan asas seperti tilam, kelengkapan penjagaan diri, lampin pakai buang, ubat-ubatan serta makanan sedia untuk dimakan telah disampaikan kepada 450 penerima yang melibatkan penduduk
sekitar Tumpat, Bachok, Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Kuala Krai serta pengamal media dan warga KKD.
“Saya ingin menyatakan komitmen bahawa KKD akan terus memastikan kebajikan rakyat dibela tanpa diskriminasi termasuk di negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang. Selain menyantuni dan memahami keperluan rakyat di peringkat akar umbi, pendekatan rahmah ini diyakini mampu mengekalkan keharmonian dan perpaduan.” ujar Fahmi.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment