• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

KPDN tumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Hulu Langat

Spread the love

PUTRAJAYA 20 Januari 2023 – Satu serbuan telah dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ke atas sebuah premis tanpa nombor yang disyaki menjalankan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Jalan Kuari Sungai Long, 43100 Hulu Langat, Selangor pada 19 Januari 2023.

Menurut KPDN dalam satu kenyataan hari ini, serbuan yang dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa daripada KPDN Putrajaya bermula kira-kira jam 5.15 petang itu adalah hasil risikan yang telah dilakukan beberapa hari sebelum serbuan.

Kata KPDN, ketika serbuan dilakukan, seorang individu lelaki warga tempatan ditemui berada di dalam premis terbabit bersama tiga (3) lagi individu bukan warganegara sedang melakukan aktiviti pemindahan minyak diesel dalam premis tersebut.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas keseluruhan premis, pasukan serbuan telah menemukan minyak diesel dengan kuantiti keseluruhan berjumlah 42,000 liter selain sebuah lori 1 tan, pam bermotor, beberapa hos penyambung, flow meter, telefon bimbit dan beberapa peralatan lain yang digunakan untuk kegiatan penyelewengan minyak diesel. Pihak premis juga gagal mengemukakan sebarang dokumen yang sah berhubung kebenaran untuk berurusan berkaitan barang kawalan berjadual iaitu minyak diesel di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Minyak diesel, kenderaan lori, pam bermotor, telefon bimbit serta peralatan-peralatan lain yang ditemui di lokasi serbuan telah disita bagi tujuan siasatan lanjut. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM 108,900.00.

Seorang individu lelaki warga tempatan berumur lingkungan awal 30-an yang ditemui di dalam premis berkenaan bersama tiga (3) orang lagi pekerja bukan warganegara telah ditahan bagi membantu siasatan.” kata Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Azman bin Adam.

Kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut ke atas kes itu sedang dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenalpasti individu/syarikat yang terlibat dalam aktiviti ini serta rantaian pengedaran minyak diesel tersebut termasuklah sumber minyak diesel ini diperolehi dan diedarkan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation