• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Cadangan boikot peniaga makanan tidak wajar – Ismail Sabri

Spread the love

KUALA LUMPUR, 22 Januari 2023 – Bekas Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob berpendapat bahawa cadangan dari seorang Menteri Kabinet supaya rakyat memboikot peniaga makanan yang menjual dengan harga yang mahal sangat tidak wajar dibuat.

Katanya dalam satu hantaran ringkas di Facebook rasmi beliau pada Ahad lalu, Kerajaan sepatutnya mencari kaedah untuk menurunkan harga bahan mentah makanan bagi membantu peniaga makanan untuk menurunkan harga makanan.

“Saranan memboikot tanpa mengambil kira sebab kenaikan pasti akan menyusahkan peniaga.” ujar Ismail Sabri.

Dalam pada itu, beliau juga berkongsi kisah seorang Mak Cik yang berjumpa beliau mengadu supaya kalau boleh mahu keluarkan wang simpanan KWSP.

“Ramai yang mengadu kesukaran hidup akibat kos sara hidup yang kian meningkat ditambah dengan bebanan hutang dan lain-lain.

Kerajaan perlu mengkaji secara serius aduan rakyat ini dan mencari kaedah bagi membenarkan mereka mengeluarkan KWSP mereka.” ujar beliau.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation