Menu RAHMAH bakal ditetapkan harga RM5/set

Spread the love

BANGI, 27 Januari 2023 – Lanjutan dari sesi libat urus di antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama persatuan-persatuan restoran dan kedai makanan (bermasak), persetujuan telah dicapai dengan cadangan KPDN berkenaan Menu RAHMAH yang bakal ditetapkan harga RM5 per set.

Menurut Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub dalam satu sidang media selepas sesi walkabout di sini hari ini, set tersebut mengandungi nasi dan protin terpilih serta sayur terpilih.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub, ketika sesi sidang media di Restoran Mak Kimbong, Bandar Baru Bangi hari ini. Foto oleh IJAI

Bagi menangani isu kenaikan harga barang makanan terutama yang melibatkan makanan bermasak, KPDN sedang melakulan pelbagai pendekatan berterusan dan agresif, antaranya dengan pelaksanaan OPS MENU 3.0 di seluruh Negara.

Jelas KPDN, pelaksanaan OPS MENU 3.0 itu adalah bertujuan khusus bagi memantau dan menangani isu harga makanan bermasak dan ia telah pun bermula pada 23 Januari yang lalu.

“OPS MENU 3.0 ini adalah kesinambungan daripada pelaksanaan Ops yang sama pada tahun 2021 dan 2022. Ops ini diteruskan untuk memastikan pematuhan yang lebih baik terhadap perundangan yang dikuatkuasakan.

Sehingga 26 Januari 2023, sebanyak 614 pemeriksaan telah dilakukan di seluruh negara dan daripada jumlah itu, sebanyak 9 tindakan kes telah diambil ke atas peniaga yang melakukan kesalahan di bawah OPS MENU 3.0 ini melibatkan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.” kata KPDN dalam satu kenyataan hari ini.

KPDN turut menyarankan kepada pengguna supaya menggunakan kuasa yang ada pada mereka termasuk membuat perbandingan harga serta membuat pilihan premis yang mempamerkan tanda harga dengan jelas serta menawarkan harga dan perkhidmatan yang berpatutan.

“Kuasa pengguna merupakan langkah pencegahan terbaik sebelum pengguna itu terkeliru atau dimanipulasi oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. ” ujar KPDN.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation