• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Tarikh penguatkuasaan baharu Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Pelitup Muka Bukan Perubatan) 2022 adalah pada 1 Julai 2023

Spread the love

PUTRAJAYA 22 Februari 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan bahawa tarikh penguatkuasaan baharu bagi Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Pelitup Muka Bukan Perubatan) 2022 adalah pada 1 Julai 2023.

Dalam satu kenyataan hari ini, KPDN berkata penetapan tarikh penguatkuasaan itu memberi peluang kepada lebih ramai pengeluar dan pengedar di negara ini untuk mendapatkan sijil penandaan daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

Tambah KPDN, selari dengan perkara itu, KPDN akan mengadakan larangan import terhadap pelitup muka bukan perubatan yang tidak mempunyai standard perakuan seperti yang telah ditetapkan.

“Kerajaan percaya tempoh sehingga hujung Jun 2023 ini adalah mencukupi bagi pihak pengeluar dan pengedar untuk memperolehi standard perakuan pelitup muka bukan perubatan yang dijual dalam negara.

Oleh yang demikian, mana-mana pihak yang ingin mengedar, mengeluar atau menjual pelitup muka bukan perubatan di dalam negara mestilah memastikan produk tersebut telah mendapat standard perakuan berkaitan dan maklumat yang berhubungan dengan standard perakuan pelitup muka bukan perubatan tersebut mestilah disertakan pada kotak atau bungkusan pelitup muka bukan perubatan tersebut.” jelas KPDN.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation