SUBANG, 23 Februari 2023 – Komitmen Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperkasakan Program Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional, TVET diterjemahkan dengan meningkatkan jalinan kerjasama dengan rakan-rakan industri untuk mendukung aspirasi nasional. Semalam Majlis Pertukaran Dokumen Usaha sama antara Institusi TVET@KKDW bersama Rakan-Rakan Industri di UniKL MIAT, Kampus Subang diadakan.
Ia disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Dalam satu kenyataan, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) berkata sebanyak 18 syarikat rakan industri dalam bidang teknologi darat, laut dan udara memeterai jalinan usaha sama strategik bersama institusi pendidikan TVET di bawah KKDW yang terdiri dari GIATMARA, Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA- TECH), Institut Kemahiran MARA (IKM),
Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), dan UniKL.
“Jalinan usaha sama strategik dengan semua pihak yang berkepentingan khususnya rakan-rakan industri melengkapkan ekosisistem pendidikan TVET@KKDW dalam memastikan agenda memartabatkan TVET dapat disinergikan secara menyeluruh di bawah Majlis TVET Negara.
Melalui konsep Industry Based Education Training (IBET) yang dilaksanakan oleh Institusi TVET@KKDW, usaha sama dengan rakan-rakan industri akan terus dipergiatkan lagi menerusi model Teaching Factory seperti dilaksanakan oleh UniKL MIAT yang memberi manfaat kepada kedua- dua pihak dari segi pemindahan dan perkongsian pengetahuan kemahiran serta teknologi selain meningkatkan kompetensi pelajar.” kata UniKL.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment