Restoran Marrybrown tawarkan Menu RAHMAH

Spread the love

JOHOR BAHRU, 25 Februari 2023 – Restoran Marrybrown yang merupakan antara rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas atau QSR (Quick Service And Fast Casual) utama di Malaysia telah menjadi restoran makanan segera halal tempatan pertama yang telah melancarkan “Menu RAHMAH” di negara ini.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam satu kenyataan hari ini, Menu RAHMAH itu ditawarkan dengan pilihan dua jenis hidangan iaitu Menu RAHMAH Burger Ayam atau Menu RAHMAH Nasi Kari dan disertakan dengan sebotol air minuman dengan harga RM 5.00 bagi satu set menu.

“Hidangan tersebut boleh dibeli bermula pada jam 12 tengah hari hingga 2 petang dan 6 petang hingga 8 malam setiap hari di lebih 200 cawangan Marrybrown seluruh negara kecuali di semua cawangan Marrybrown di lapangan terbang dan juga taman tema Genting.” katanya.

Dalam pada itu, Menterinya Datuk Seri Salahuddin bin Ayub, yang hadir merasmikan Menu RAHMAH di Restoran Marrybrown Paradigm Mall, Johor Bahru hari ini telah menyerahkan sumbangan Bakul RAHMAH kepada sepuluh (10) keluarga dari golongan B40.

Beliau juga berkesempatan menyerahkan sumbangan pek “Kembali ke Sekolah” kepada 30 orang anak-anak dari keluarga B40. Pada hari ini juga pihak Marrybrown telah menyerahkan sebanyak 2,000 unit baucar makanan kepada Encik Mohamad bin Hapil, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor (JKM).

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation