DVS sentiasa pastikan pengeluaran telur mengikut piawaian yang telah ditetapkan

Spread the love

18 Mei 2023 – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) semalam telah tampil memberikan penjelasan berhubung laporan berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia bertajuk Telur biasa ditukar label omega bertarikh 15 Mei 2023.

Dalam satu kenyataan, DVS berkata pihaknya dari semasa ke semasa menjalankan pemantauan di ladang-ladang ternakan ayam bagi memastikan pengeluaran telur adalah mengikut piawaian yang telah ditetapkan agar rakyat mendapat bekalan telur yang berkualiti dan selamat untuk dimakan.

“Mana-mana telur yang diragui, boleh dihantar ke makmal yang telah mendapat akreditasi ISO/IEC 17025 untuk menguji kandungan omega di dalam telur berkenaan.

Selain itu, laporan/aduan kesangsian tentang ketulenan telur omega yang dibuat hendaklah turut disertakan dengan label telur serta maklumat ladang/pengeluar telur yang terbabit bagi memudahkan tugas-tugas penyiasatan.” kata DVS.

Tambahnya, telur adalah sejenis makanan dan tertakluk kepada Akta Makanan 1983 (Akta 281) di bawah kawalselia Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Walau yang demikian, Jabatan ini akan bekerjasama dengan KKM untuk memastikan pengeluar mematuhi keperluan Akta Makanan yang berkaitan dengan telur omega.” ujar DVS.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation