• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Projek Perumahan Sakit dan Terbengkalai : Timbalan Menteri KPKT turun padang

Spread the love

KEDAH, 19 Mei 2023 – Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir telah mengadakan lawatan turun padang bagi meninjau sendiri status terkini dua projek pembangunan swasta yang berstatus sakit di negeri Kedah iaitu Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Bukit Pinang, Alor Setar dan Projek Taman Residensi Mesra, Sungai Petani semalam.

Dalam satu kenyataan, KPKT berkata PPAM Bukit Pinang yang dimajukan oleh PKB PBA Realty Sdn. Bhd itu terletak di daerah Kota Setar, Kedah dan telah dilesenkan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan Dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) pada tahun 2018.

“Pemajuan sebanyak 183 unit rumah teres dua tingkat ini telah berada di peringkat akhir untuk disiapkan. Projek ini telah dimulakan pada tahun 2020 dan tarikh patut siap ialah pada 10 Oktober 2022.

Walau bagaimanapun, projek ini tidak dapat disiapkan dan mula berstatus sakit disebabkan beberapa isu seperti kenaikan kos bahan binaan dan masalah kewangan syarikat. Pemaju menjangkakan untuk memperoleh Sijil Penyiapan dan Pematuhan atau Certificate of Completion and Compliance (CCC) penuh selewat-lewatnya pada bulan Jun 2023. Surat sokongan daripada semua agensi telah diperolehi kecuali sokongan bagi lampu jalan daripada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS). Berdasarkan makluman pemaju, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menjalankan kerja-kerja pengalihan
lampu jalan mengikut kehendak MBAS dalam masa terdekat. ” jelas KPKT.

Akmal Nasrullah turut melawat tapak bagi pemajuan Taman Residensi Mesra yang dimajukan oleh Isaga Utara Sdn. Bhd. di Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah. Pemajuan tersebut merupakan projek membina dan menyiapkan 405 unit rumah
teres setingkat, 144 unit rumah teres dua tingkat bermula pada pada tahun 2020 dan sepatutnya siap pada 30 Mac 2023.

“Walau bagaimanapun, projek ini gagal disiapkan pada tarikh yang sepatutnya dan mula berstatus sakit pada tahun ini. Antara isu utama yang menyebabkan projek ini berstatus sakit ialah penarikan kontraktor utama daripada projek ini. Lanjutan itu, pemaju telah melantik kontraktor baharu bagi menyambung semula kerjakerja yang tergendala.” kata KPKT.

Lawatan tapak dan pemantauan secara rapi merupakan langkah yang telah dilaksanakan oleh pasukan KPKT dalam usaha memperkukuhkan salah satu daripada empat (4) elemen utama Terms of Reference (TOR) Task Force Projek Perumahan Swasta dan Terbengkalai iaitu melaksanakan pemantauan secara secara berterusan (Resolve).

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation