• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Etika kewartawanan perlu dipraktikkan bagi mengekang penularan berita palsu – Ahmad Zahid

Spread the love

IPOH, 28 Mei 2023 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi percaya dunia kewartawanan pada hari ini cukup berbeza apabila saingan yang diberikan oleh media online. Bagaimanapun beliau berpendapat bahawa dalam apa juga platform, etika kewartawanan perlu terus dipegang bagi mengekang penularan berita palsu.

“Petang ini, saya bersama YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, YAB Menteri Besar Perak Saarani Mohamad dan YB Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hadir bagi meraikan Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di Ipoh.

Penganjuran HAWANA ini dilihat hari istimewa untuk pengamal media. Saya percaya dunia kewartawanan pada hari ini cukup berbeza apabila saingan yang diberikan oleh media online. Namun dalam apa juga platform, etika kewartawanan perlulah terus dipegang bagi memastikan berita yang disampaikan adalah laporan yang sahih kerana ketika ini penularan berita palsu cukup membimbangkan.

Justeru, usaha menyeluruh adalah perlu dan hanya melalui amalan etika kewartawanan yang dipraktikkan boleh mengekang isu berita palsu.” kata Ahmad Zahid dalam catatan di Facebook rasmi beliau semalam.

Beliau turut berkongsi bahawa secara peribadi, begitu begitu dekat dengan media khususnya rakan-rakan wartawan ketika menjadi Timbalan Menteri Penerangan (2006-2008).

“Sempena Hari Wartawan Nasional ini saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada mereka yang bergelar Wartawan.

Terima kasih atas segala pelaporan yang diberikan kepada saya sejak dahulu sehingga ke hari ini.

Semoga semangat melalui tema HAWANA 2023 iaitu “Media Bebas, Tunjang Demokrasi” benar-benar didukung oleh semua pengamal media.

InsyaAllah saya nantikan kehadiran dan laporan rakan-rakan media dalam Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung pada 8-10 Jun depan.” ujar Presiden UMNO itu.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation