• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Prihatin masalah pekebun kecil getah, Fadillah adakan perbincangan bersama Salahuddin

Spread the love

KUALA LUMPUR, 12 JUN 2023 – Susulan dari lawatan ke Baling, Kedah semalam, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof  telah memanggil dan mengadakan perbincangan dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Salahuddin Ayub di pejabat beliau di Parlimen, petang tadi.

“Kurang 24 jam selepas mendengar luahan pekebun kecil dan penduduk di kawasan Baling, Kedah melalui jelajah Trek Komoditi Zon Utara 2023, saya telah memanggil dan mengadakan perbincangan dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Salahuddin Ayub di pejabat saya di Parlimen, petang ini.

Antara isu yang disuarakan ialah mengenai harga gula yang mahal dan penjualan minyak paket secara tidak beretika.” kata Fadillah di dalam satu catatatan di Facebook rasmi beliau hari ini.

Tambahnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) memberi jaminan akan menyiasat isu berkenaan pada kadar segera dan menangani perkara itu sebaik mungkin demi kesejahteraan penduduk terbabit.

Semalam, Fadillah telah turun padang menyantuni lebih 150 pekebun kecil getah semasa sesi Sembang Getah Warung bertempat di Kampung Charok Gorok Baling, Kedah.

Antara isu yang dibincangkan adalah berhubung kejatuhan harga getah, bantuan dan insentif oleh Kerajaan dan usaha-usaha Kerajaan dalam menangani masalah utama dalam industri getah.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation