Arul PSM berikrar tidak akan mainkan isu perkauman bagi raih undi

Spread the love

Calon Pilihanraya Negeri Selangor untuk DUN N.25 Kajang dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) Arutchelvan Subramaniams (Arul) berikrar bahawa beliau dan ahli-ahli partinya berikrar tidak akan memainkan apajua isu politik perkauman demi untuk meraih undi atau sokongan daripada rakyat.

Menurut Arul dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini, diskriminasi perkauman dan politik perkauman adalah umpama sebuah penyakit kronik yang menghancurkan rakyat Malaysia pada masa kini.

“Maka kami para pendukung perjuangan menentang perkauman atau rasisme ini dengan penuh iltizam berikrar
bahawa tidak akan memainkan apajua isu politik perkauman demi untuk meraih undi atau sokongan daripada rakyat.

Saya akan menjauhi daripada mengunakan apajua unsur perkauman dalam semua aktiviti kempen pilihanraya termasuk ceramah, komen,kenyataan akhbar, tulisan media social, risalah, banner atau apajua bahan kempen yang akan mendiskriminasi atau mewujudkan kebencian terhadap suatu kaum yang lain atau warga migran.

Saya juga akan memastikan bahawa semua aktiviti dan perjuangan kami adalah berdasarkan kepada kelas masyarakat dan bukannya berdasarkan warna kulit dan kaum. Kumpulan sasar manifesto dan perjuangan kami adalah berdasarkan kaum tertindas tanpa mengira warna kulit.” kata Arul.

Tambah beliau sekiranya terpilih menjadi ADUN Kajang, beliau akan mengusulkan supaya suatu Undang-Undang Akta Kesaksamaan dilaksanakan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation