Malam gala pertandingan ratu cantik, Miss International Malaysia Semenanjung 2023 (MIMS 2023), buat pertama kalinya menggabungkan usaha meningkatkan pelancongan Malaysia dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ke dalam industri pertandingan ratu cantik, telah dianjurkan baru-baru ini, dirasmikan oleh Pengarah Kanan Promosi Antarabangsa (Asia/Africa) Tourism Malaysia, YBrs. En. Manoharan Periasamy.
Pertandingan Ratu Cantik Miss International Malaysia Semenanjung berbeza dengan pertandingan-pertandingan ratu cantik yang lain kerana aktiviti-aktiviti yang direka khusus dari perspektif promosi pelancongan, kesenian dan kebudayaan melalui fesyen dan kecantikan di mana para pesertanya diuji untuk menampilkan kreativiti mereka melalui tarian tradisional, seni masakan dan fesyen tempatan. Sepanjang pertandingan ini, kepelbagaian budaya, tarikan dan mercu tanda Malaysia akan dipaparkan melalui pelbagai segmen yang akan dimuat naik di YouTube, membolehkan para penonton di seluruh dunia menghayati perjalanan para peserta. MIM turut menggalakkan para pesertanya untuk memaparkan kisah perjalanan mereka menampilkan tarikan-tarikan utama Malaysia, mempromosi pelancongan negara kepada pengikut-pengikut mereka dan pengguna media sosial di seluruh dunia.
En. Manoharan Periasamy dalam ucapan beliau, berkata, “Miss International Malaysia Semenanjung 2023 merupakan sebuah acara yang luar biasa dan berupaya untuk menaikkan negara kita ke ke peringkat global sambil memperkasakan wanita ke potensi sebenar mereka. Ianya terbukti dalam mencapai aspirasi ini dengan para pesertanya yang dipilih dari pelbagai negeri, berkongsi keunikan adat dan tradisi mereka, sekaligus mencerminkan kepelbagaian budaya di Malaysia. Melalui fesyen dan kecantikan, pertukaran kebudayaan ini akan meningkatkan industri pelancongan di mana para pelancong datang dan menyaksikan sendiri kehebatan festival-festival, kepelbagaian juadah dan keunikan adat resam di Malaysia semasa acara kemuncak nanti.”
Sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan sumbangan terhadap matlamat Kelaparan Sifar UNSDG, organisasi MIM bersama lima belas (15) orang peserta akhir bekerjasama dengan SunStrong Sdn. Bhd. bersama persatuannya, Love Life Association, mendermakan keperluan makanan harian kepada golongan kanak-kanak yang kurang bernasib baik termasuk Ti-Ratana Welfare Society. Inisiatif ini menunjukkan visi SunStrong iaitu “Dunia lebih ceria dan gembira kerana kewujudan kami”, dan misinya “Menyediakan Produk yang Berkualiti & Bermakna yang Berkumandang dengan Tenaga Positif” dan nilai korporatnya iaitu “Mencapai Kejayaan, Membantu Yang Lain Berjaya dan Berkongsi Nilai Murni”, yang menjadi faktor dalam menentukan pelaburan filem yang sesuai dan penajaan acara yang bernilai.
Pengarah Negeri Miss International Malaysia, Kimberly Lee berkata, “Kami berbesar hati menyediakan latihan yang komprehensif kepada para peserta, merangkumi kemahiran seperti keusahawanan sambil memupuk sifat-sifat mengasihani, empati dan pendekatan masyarakat, di sepanjang pertandingan Miss International Malaysia. Usaha ini menjadi bukti bahawa golongan wanita mampu menjelmakan aspek keanggunan dan kecerdasan, mencerminkan bukan sahaja kecantikan fizikal, malah dedikasi dan minda inovatif mereka.”
Para juri MIMS 2023 dibarisi oleh pelbagai tokoh dari industri hiburan, tokoh kenamaan dan bekas ratu cantik. Antaranya ialah Pengarah Urusan SunStrong Entertainment, Jment Lim; Pengerusi OE Edugroup, Datuk Wira Dr. Calvin Khiu; Pereka Fesyen Selebriti, Kashfi Zulkufli, Pelakon & Artis, Cindy Po; Pengarah Filem & Penyiar, Chong Keat Aun, Miss International Malaysia 2019-2021, Charmaine Chew Qi En dan Miss International Malaysia 2022, Giselle Tay Xin Heng.
Pemenang Miss International Malaysia Semenanjung 2023 akan menerima kontrak kedutaan selama setahun dari SunStrong Sdn. Bhd. termasuk pas imuniti untuk digunakan dalam pertandingan Miss International Malaysia. Upacara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara pemenang MIMS 2023 dan Pengarah Urusan SunStrong Entertainment, Jment Lim turut diadakan semasa sidang akhbar selepas acara malam gala bagi merasmikan perjalanan beliau dalam industri hiburan.
Miss International Malaysia akan dianjurkan pada 10 September 2023 demi mencari Ratu Cantik yang bukan sahaja cantik, malah cerdas dan mampu memberi inspirasi di peringkat dunia. Ratu Cantik tersebut juga disasarkan untuk meningkatkan pelancongan di Malaysia dalam jangka masa panjang dengan mengukuhkan hubungan antarabangsa yang positif, terutamanya di Jepun melalui program kebajikan, perniagaan, pendidikan dan sebagainya. Pemenang MIM turut mewakili Malaysia di pertandingan Miss International di Jepun.
MIMS 2023 dianjurkan oleh organisasi Miss International Malaysia dengan SunStrong Entertainment sebagai Penyampai Anugerah dan OE Resort sebagai Penaja Lokasi Acara & Hotel untuk aktiviti-aktiviti MIMS 2023, bersama dengan para penaja dan rakan-rakan seperti:
● OE resort – Penaja Emas
● One Hair Design Centre – Penaja Emas
● Mysac Luxury – Penaja Emas
● The M∙A∙C∙ Clinic- Penaja Emas
● TKL Investments LLC – Penaja Perak
● BCM Alliance Berhad – Penaja Perak
● Mummy Chew Kuey Teow Goreng – Penaja Perak
● Citadels Horizon Productions – Penaja Perak
● Raytech Films Malaysia – Penaja Usahawan
● Global Creative Media Agency (GCMA) – Agensi PR Rasmi
Untuk maklumat lanjut mengenai MIMS 2023, sila layari: https://www.instagram.com/missinternationalmalaysia/
Untuk maklumat lanjut mengenai SunStrong Entertainment, sila layari: https://www.sunstrongentertainment.com/
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment