• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Lim Hui Ying yakin dapat bekerjasama baik dengan semua bahagian di Kementerian Kewangan

Spread the love

PUTRAJAYA 14 Disember 2023 – Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying telah melaporkan diri di Kementerian Kewangan pada pagi tadi.

Bercakap kepada media, Hui Ying mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di atas keperayaan melantik beliau sebagai Timbalan Menteri Kewangan yang baharu.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Menteri Kewangan 2, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang juga telah ‘clock in’ di sini pada dua hari lepas.

Di samping itu Hui Ying turut berterima kasih kepada pasukan Kementerian Kewangan yang efisien yang banyak membantu beliau ketika membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Kewangan (No. 2) di Dewan Negara semalam.

Justeru beliau berkeyakinan dapat bekerjasama dengan baik dengan semua bahagian di Kementerian Kewangan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation