• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Sejumlah RM2.65 juta peruntukan bantuan kewangan telah diluluskan bagi dua puluh (20) buah RIBI di Kuala Lumpur

Spread the love

KUALA LUMPUR, 14 Disember 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming (YB KM) telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan bagi Inisiatif Penyelenggaraan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) Seluruh Negara bertempat di St Mary’s Cathedral Kuala Lumpur pada pagi ini.

Menurut Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), sejumlah RM2.65 juta peruntukan bantuan kewangan telah diluluskan bagi dua puluh (20) buah RIBI di Kuala Lumpur daripada keseluruhan 370 permohonan yang telah diluluskan. Pada hari ini, menyaksikan penyerahan bantuan sebanyak RM294,029.00 kepada enam (6) buah RIBI manakala penyaluran bagi permohonan yang berbaki akan diteruskan pada tahun 2024.

Di bawah Inisiatif Belanjawan 2023, KPKT telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan Inisiatif Penyelenggaraan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) Seluruh Negara. Sejumlah RM50 juta bantuan kewangan diperuntukkan oleh Kerajaan Perpaduan kepada organisasi RIBI di seluruh negara bagi tujuan menyelenggara dan membaik pulih rumah ibadat masing-masing dan memberikan keselesaan kepada penganutnya untuk beribadat.

“Pada masa ini, semua permohonan bagi kerja-kerja pembaikan, pengubahsuaian, penyelenggaraan dan kerja-kerja kecemasan di rumah ibadat yang diterima oleh KPKT melalui proses saringan di pihak urus setia dan penilaian oleh Pasukan Pemantauan dan Penilaian serta pertimbangan oleh Jawatankuasa Taskforce yang dipengerusikan oleh
Ketua Setiausaha KPKT.

Ia juga perlu mematuhi Garis Panduan Inisiatif Penyelenggaraan RIBI yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Pelaksanaan Inisiatif ini akan diteruskan pada tahun 2024 dengan peruntukan yang telah diluluskan oleh Kerajaan MADANI.” kata KPKT.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation