• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Banjir Di Tiga Negeri Semakin Buruk, Mangsa Banjir Terus Meningkat

Spread the love

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) – Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang bertambah buruk dengan peningkatan jumlah mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini berbanding malam tadi.

Di KELANTAN jumlah mangsa banjir bertambah kepada 12,572 orang daripada 3,860 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 9,721 orang daripada 2,962 yang direkodkan malam tadi.

Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kelantan, Machang dan Kota Bharu menjadi jajahan terbaru terjejas banjir selepas Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Gua Musang dan Kuala Krai serta kesemua mangsa sedang berlindung di 82 PPS di tujuh jajahan itu.

Enam PPS dibuka di Machang menempatkan 462 mangsa daripada 167 keluarga manakala sebuah PPS di Kota Bharu memberi perlindungan kepada 25 mangsa daripada tujuh keluarga.

Di Pasir Mas, 24 PPS beroperasi menempatkan 7,210 mangsa daripada 2,334 keluarga, 19 PPS di Tanah Merah (1,783 mangsa daripada 546 keluarga), dua PPS di Jeli (255 mangsa daripada 75 keluarga), lima PPS di Gua Musang (271 keluarga daripada 61 keluarga), 25 PPS di Kuala Krai (2,566 mangsa daripada 670 keluarga).

Banjir gelombang ketiga di TERENGGANU semakin buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan ke PPS di tujuh daerah terus meningkat kepada 8,808 orang daripada 2,402 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 5,170 orang daripada 1,382 keluarga malam tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT), daerah Hulu Terengganu paling terjejas dengan 3,005 mangsa daripada 874 keluarga ditempatkan di 34 PPS, diikuti Dungun dengan 1,725 mangsa daripada 444 keluarga di 30 PPS.

Di Kemaman, 964 mangsa daripada 290 keluarga ditempatkan di 10 PPS, Besut, (1,609 mangsa daripada 364 keluarga) di 24 PPS, Setiu pula mencatatkan 1,432 mangsa daripada 410 keluarga berlindung di 30 PPS manakala di Marang 48 mangsa daripada 12 keluarga masih berada di dua PPS.

Kuala Nerus menjadi daerah terbaru dilanda banjir gelombang ketiga di negeri itu dengan 25 mangsa daripada lapan keluarga dipindahkan ke tiga PPS malam tadi.

— BERNAMA

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation