KUALA LUMPUR, 26 Disember 2023 – Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Muhammad Faisal Abdul Aziz telah hadir ke Himpunan Kepung Demi Palestin di sini malam tadi.
Kata Faisal. himpunan itu penting untuk menunjukkan konsistensi solidariti rakyat Malaysia bersama Palestin.
Beliau turut menyelar tindakan Amerika Syarikat (AS) yang telah menggunakan kuasa veto bagi menidakkan usul Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) supaya berlakunya ceasefire dalam konflik Palestin dan Israel yang masih berlanjutan hingga ke saat ini.
“Dua kali di dalam persidangan UN Security Council, AS tanpa malu telah veto apa yang dibawa oleh PBB untuk berlakunya ceasefire. Satu yang memalukan. AS mengaku sebagai badan pengaman dunia, mengaku sebagai polis dunia tetapi sebaliknya adalah penyokong Israel untuk membunuh rakyat Palestin.
Jadi hari ini kita konsisten tanpa mengira kaum, tanpa mengira agama, konsisten di atas dasar kemanusiaan kita membantu membela rakyat Palestin. ” ucap Faisal di himpunan tersebut.
“Bila kita sebut rakyat Palestin, bukan hanya orang Islam, ada orang Yahudi juga, ada juga orang Kristian di Palestin yang mati jadi ia adalah isu kemanusiaan.
Hari ini adalah hari yang penting untuk kita tunjukkan solidariti kita, konsisten dengan boikot kita, dengan suara kita di media sosial untuk kita pastikan Amerika terus rasa bersalah. Mereka tidak ada lagi moral untuk bicara tentang persoalan hak asasi manusia. ” tegas Faisal.
Himpunan Kepung Demi Palestin yang diadakan semalam adalah simbolik pengepungan terhadap Gaza dan ia juga bagi menuntut supaya pembunuhan kejam terhadap rakyat Palestin dihentikan segera. Ia turut mendesak suapaya gencatan senjata dilaksanakan segera.
Himpunan itu melibatkan badan-badan bukan Kerajaan (NGO), Gerakan Mahasiswa dan organisasi politik.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment