Dr Zaliha bincang isu Kampung Setia Jaya bersama TAR College Foundation

Spread the love

KUALA LUMPUR, 28 Disember 2023 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (WIlayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa telah mengadakan perjumpaan bersama wakil dari TAR Education Foundation yang diwakili oleh Tan Sri Lim Keng Cheng dan Datuk Seri Yew Teong Look untuk rundingan isu tanah di Kampung Setia Jaya.

Kata Dr Zaliha dalam satu hantaran di halaman X rasminya, beliau dapati perbincangan tersebut merupakan satu perbincangan yang positif dan yakin bahawa isu ini dapat diselesaikan dengan baik setelah tertangguh selama lebih 30 tahun.

“Berdasarkan hasil perbincangan tersebut, pihak TAR Education Foundation secara prinsipnya tiada halangan untuk membenarkan penduduk untuk terus berada di Kampung Setia Jaya sementara isu penempatan penduduk diselesaikan.

Perbincangan turut memberi fokus kepada isu penggantian rumah kepada penduduk dengan solusi yang terbaik yang akan diperincikan dengan lebih lanjut. Perbincangan susulan akan diadakan bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan seberapa segera.” kata Dr. Zaliha.

Perjumpaan tersebut turut disertai oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju, Ts. Zahir Hassan dan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation