• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Fitnah : Peguam Nik Nazmi hantar Surat Tuntutan

Spread the love

PUTRAJAYA, 28 Disember 2023 – Sebagai respons terhadap kenyataan fitnah yang dibuat oleh Badrul Hisham Shaharin Shaharin (Chegubard), Menteri Sumber Asli dan Kelastarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad telah mengambil tindakan selanjutnya.

Kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan hari ini, peguam beliau telah menyerahkan Surat Tuntutan (Letter of Demand) kepada Chegubard meminta agar beliau menarik balik dengan serta-merta serta memohon maaf secara terbuka atas kenyataan berunsur fitnah itu.

“Beratnya tuduhan palsu ini memerlukan tindakan undang-undang yang tegas untuk menjaga nama baik dan kewibawaan saya, Kementerian dan Kerajaan Persekutuan.

Komitmen kami kekal dalam menegakkan kebenaran dan membetulkan tanggapan serong ekoran tuduhan tidak berasas seperti ini.

Dengan berlangsungnya prosiding undang-undang, kami mengesahkan dedikasi kami terhadap ketelusan dan pematuhan kepada proses undang-undang.” kata Nik Nazmi.

Katanya lagi, siasatan oleh pihak polis ke atas dakwaan Chegubard itu dialu-alukan.

Chegubard sebelum ini mendakwa terdapat elemen rasuah dalam projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang dikendalikan oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelastrian Alam.

Dakwanya, projek RTB yang dikendalikan kementerian itu mencecah RM16.6 bilion dan terdapat syarikat serta individu yang langsung tidak dikenali memperoleh komisen sebagai proksi kepada menteri.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation