Ngeh Koo Ham mohon maaf

Spread the love

30 Disember 2023 – Ahli Parlimen Beruas, Dato’ Ngeh Koo Ham memohon maaf diatas kekhilafan beliau dalam mencadangkan bahawa bukan Muslim dan juga seorang ahli Badan Peguam dilantik sebagai ahli jawatankuasa yang mengkaji bagaimana mengharmonikan undang-undang Shariah dan Perlembagaan Persekutuan.

Kataya sehingga diberi penjelasan baru-baru ini, beliau sebenarnya tidak mengetahui bahawa jawatankuasa khas tersebut sebenarnya telah dibentuk oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang dipengerusikan oleh DYMM Sultan Selangor.

“Saya merujuk kepada kenyataan media saya bertarikh 28hb Disember 2023 di mana saya mencadangkan bahawa bukan Muslim dan juga seorang ahli Badan Peguam yang merupakan pakar perlembagaan dilantik sebagai ahli jawatankuasa yang mengkaji bagaimana mengharmonikan undang-undang Shariah dan Perlembagaan Persekutuan. Saya menjangkakan proses ini akan melibatkan cadangan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.

Cadangan saya adalah untuk memastikan bahawa semua pandangan diambilkira sebelum apa-apa cadangan pindaan di buat.

Sehingga ia dijelaskan baru-baru ini, saya tidak mengetahui bahawa jawatankuasa khas tersebut sebenarnya telah dibentuk oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang dipengerusikan oleh DYMM Sultan Selangor, oleh itu saya dengan ini menarik balik cadangan saya dan memohon maaf dengan tulus hati.” kata Koo Ham dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, beliau tiada niat langsung untuk campurtangan dalam hal ehwal agama Islam.

Kenyataan media beliau telah menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa pihak termasuklah DYMM Sultan Selangor sendiri.

Semalam Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa sekiranya terdapat sebarang kemusykilan dan bagi mengelak sebarang kekeliruan, pihak bukan Islam boleh menulis kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) untuk meleraikan sebarang kekusutan dalam suasana yang harmoni dan beradab.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation