PM sokong penuh kenyataan Sultan Selangor, sebarang kekusutan perlu dileraikan dalam suasana beradab

Spread the love

KUALA LUMPUR, 30 Disember 2023 – Merujuk kepada kenyataan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengingatkan agar dihormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal Agama Islam di Malaysia, Perdana Menteri Dato’ Sri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau menyokong dan mendukung kenyataan tersebut.

Katanya dalam satu hantaran ringkas di Halaman X rasmi beliau, sekiranya terdapat persoalan atau kemusykilan, pihak bukan Islam boleh menulis terus kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

“Merujuk kepada kenyataan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengingatkan agar dihormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal Agama Islam di Malaysia, dan saya mendukung penuh kenyataan tersebut.

Namun, sekiranya terdapat sebarang kemusykilan dan bagi mengelak sebarang kekeliruan, pihak bukan Islam boleh menulis kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) untuk meleraikan sebarang kekusutan dalam suasana yang harmoni dan beradab.” tegas Anwar.

Media baru-baru ini melaporkan Dato’ Ngeh Koo Ham mengemukakan cadangan tersebut dengan pendapat, ia bagi mengambil kira pandangan bukan Islam sebelum sebarang perubahan pada undang-undang dibuat.

Beliau dipetik berkata, Perlembagaan Negara dibentuk dengan mengambil kira kepentingan semua golongan, maka sebarang perubahan yang memberi kesan kepada kaum dan agama mesti dibincang secara menyeluruh.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook (Anthony Loke) menegaskan bahawa kenyataan Koo Ham itu merupakan satu kekhilafan mengenai punca kuasa penubuhan jawatankuasa tersebut.

Katanya, DAP menghormati kebijaksanaan DYMM Tuanku Sultan Selangor dalam membuat sebarang keputusan mengenai urusan MKI.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation