• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

PADU : Proses e-KYC hanya ambil masa 5 minit

Spread the love

KUALA LUMPUR, 3 Januari 2024 – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menafikan dakwaan bekas Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming kononnya proses e-KYC (Kenali Pelanggan Anda Menerusi Platform Digital) iaitu memuat naik swafoto dan kad pengenalan untuk pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) akan mengambil masa tiga hari.

Menerusi satu hantaran di Halaman X rasmi beliau semalam, Rafizi berkata proses itu hanya mengambil masa kurang lima minit untuk disahkan setakat ini.

“Piawaian industri e-KYC yang diberikan oleh sistem e-KYC dalam pasaran menyebut tiga hari (seperti juga aplikasi lain yang terdapat dalam pasaran), tetapi setakat ini, e-KYC bagi pengguna yang mendaftar (untuk PADU) hanya mengambil masa kurang lima minit untuk disahkan.

Setakat 5 petang (semalam), lebih 40,000 e-KYC telah disahkan dan pendaftaran dalam baris gilir e-KYC (untuk disahkan) ialah dalam 300. Dengan prestasi sedia ada seperti ini, insya-Allah e-KYC akan diproses oleh algoritma dalam tempoh kurang lima minit, jadi tidak timbul e-KYC akan mengambil masa tiga hari,” katanya.

Katanya lagi, sekiranya berlaku situasi akaun mana-mana individu didaftarkan oleh orang lain, pengguna sebenar boleh terus ke meja bantuan yang terdapat dalam talian, hubungi pusat panggilan atau hadir ke kaunter fizikal.

Sistem PADU merupakan pangkalan data yang menjadi inisiatif Kerajaan untuk meningkatkan kecekapan perancangan dan pengagihan sumber supaya dapat disalurkan secara bersasar serta bermanfaat kepada isi rumah rakyat Malaysia dalam kategori berkelayakan. Sistem tersebut juga dibangunkan bagi mewujudkan mekanisme penjimatan sumber dan meningkatkan projek sosioekonomi yang mampu memberi impak maksimum kepada rakyat.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation