• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

456,136 pengguna telah berdaftar dengan PADU setakat jam 9 pagi hari ini

Spread the love

Setakat jam 9 pagi hari ini, jumlah pengguna berdaftar dengan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) adalah seramai 456,136 orang.

Menurut satu hantaran di Halaman X Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli hari ini, bilangan pengguna yang melakukan proses e-KYC adalah seramai 230,443 orang.

Manakala 61% dari jumlah tersebut telah selasai dengan pengesahan e-KYC.

Berhubung dengan proses e-KYC, ia boleh dilaksanakan sepenuhnya dalam tempoh kurang 5 minit.

“Secara umumnya, individu yang memakai cermin mata TIDAK menyebabkan masalah untuk melaksanakan e-KYC. Pengguna perlu mengemas kini sistem pengoperasian telefon bimbit masing-masing dengan versi terkini, mengosongkan cache serta memastikan pelayar (browser) tidak berada dalam tetapan private.

Sekiranya pengguna masih menghadapi masalah berkaitan e-KYC, pengguna boleh hadir ke kaunter PADU yang terdekat.

Senarai lokasi kaunter PADU di seluruh negara boleh didapati di pautan berikut: http://padu.gov.my/hubungi/lokasi dan klik ‘Senarai kaunter’.” kata hantaran tersebut.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation