• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Kilang Proses Ubat Batuk Tiruan : 56 akaun berjumlah RM10.68 juta dibekukan, 2 premis disita – KPDN

Spread the love

PUTRAJAYA, 5 JANUARI 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melakukan serbuan ke atas sebuah premis tempat memproses dan menyimpan pelbagai barangan bahan-bahan mentah serta botolbotol pembungkusan untuk menghasilkan produk ubat batuk tiruan di Mantin, Negeri Sembilan pada 15 Disember 2023.

Menurut Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam dalam satu kenyataan hari ini, operasi bersepadu yang dilakukan oleh sepasukan anggota Penguat Kuasa KPDN Putrajaya bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan dengan kerjasama Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) adalah hasil daripada aduan yang diterima serta risikan awal yang telah dilakukan oleh pihak KKM selama tiga (3) bulan sebelum serbuan.

Kata Azman, hasil pemeriksaan lanjut ke atas premis terbabit, pasukan serbuan telah menemukan sejumlah 10,000 botol ubat batuk yang telah siap dibungkus, 900 liter cecair disyaki ubat batuk di dalam mesin pengadun, kenderaan dan beberapa peralatan lain yang digunakan bagi tujuan memproses ubat batuk yang menggunakan jenama ubat batuk terkenal yang disyaki tiruan.

“Kesemua bahan-bahan tersebut bersama beberapa dokumen perniagaan lain telah disita bagi tujuan siasatan dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM236,516.00.

Pasukan serbuan juga telah bertindak menahan seorang individu wanita, warga tempatan yang mengaku bertanggungjawab ke atas premis terbabit, berumur 38 tahun untuk membantu siasatan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Cap Dagangan 2019 [Akta 815].” kata Azman.

Selain dari dikenakan denda, syarikat tersebut akan disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) [Akta 613] iaitu kesalahan pengubahan wang haram bagi tujuan mengesan, membeku, menyita serta sehingga ke peringkat pelucutanhak ke atas apa-apa hasil pendapatan atau harta yang dijana daripada aktiviti haram penyelewengan berkaitan cap dagangan.

“Hasil tindakan awal, sebanyak 56 akaun telah dibekukan melibatkan sembilan (9) entiti di mana empat (4) daripadanya merupakan akaun syarikat manakala selebihnya lima (5) akaun individu dengan keseluruhannya berjumlah RM10.68 juta.

Selain itu, dua (2) bangunan industri/ kilang di kawasan perindustrian ringan yang dijadikan tempat pemprosesan telah disita dengan nilai anggaran keseluruhan sebanyak RM2.6 juta.” ujar Azman.

Selain itu, KKM akan menjalankan siasatan lanjut di bawah Akta Racun 1952 [Akta 366]. Jika disabitkan kesalahan di
bawah Akta 366, pihak yang berkaitan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation