PUTRAJAYA, 5 Januari 2024 – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menyambut baik rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada bulan lepas yang turut menyaksikan pemindahan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) dan Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang ke KPN.
Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata ia satu langkah strategik untuk memperkukuh lagi peranan KPN dan agensi-agensi berkenaan.
“Kedua-dua agensi yang diletakkan di bawah KPN ini dilihat dapat membawa impak positif dalam jangka masa panjang terhadap pembangunan dan kemajuan masyarakat India Malaysia melalui pelaksanaan program-program berimpak tinggi sejajar dengan pemboleh daya perpaduan iaitu “memperkasakan komuniti minoriti dan rentan ekonomi” yang digariskan dalam Dasar Perpaduan Negara.
KPN komited menambah baik pembangunan sosioekonomi masyarakat India melalui pemerkasaan pelbagai inisiatif dan program bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat India termasuk bidang pendidikan, ekonomi, dan sosial. Program peningkatan kemahiran, pembangunan modal insan dan peluang keusahawanan juga akan terus diperkukuh bagi meningkatkan taraf hidup isi rumah masyarakat India yang berpendapatan rendah (B40)” kata Aaron dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, dalam kerangka Ekonomi MADANI turut ditekankan komitmen Kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan tegar semua kaum di Malaysia.
“Sehubungan dengan itu, KPN akan meneliti semula pelaksanaan Pelan Tindakan Masyarakat dalam memperkasakan komuniti India di Malaysia.
Saya berharap agar penstrukturan ini dapat membawa impak positif dan kesediaan kementerian untuk terus menangani isu pembangunan sosioekonomi masyarakat India di Malaysia.” ujar beliau.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Klang Ganabatirau Veraman berpendapat bahawa keputusan Perdana Menteri memindahkan MITRA ke Kementerian Perpaduan Negara telah menguris perasaan dan sentimen dalam kalangan kaum India.
Ganabatirau turut mencadangkan supaya MITRA dijadikan Badan Kanun Persekutuan dimana ia akan melapor kepada Lembaga MITRA dan seterusnya kepada Perdana Menteri secara langsung.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment