• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Seksyen 73.85, Jalan Dabong-Jeli dibuka semula – JKR

Spread the love

JELI, KELANTAN – Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) memaklumkan bahawa pada tarikh 9 Januari 2024, jam 12.00 tengahari, laluan di Seksyen 73.85, Jalan Dabong – Jeli yang terputus akibat kegagalan pembetung telah dibuka semula.

Menurut JKP dalam satu kenyataan, jalan tersebut telah dibuka secara satu lorong untuk semua jenis kenderaan ringan sahaja (maksimum sehingga 20 tan)dan ia disambungkan menggunakan Jambatan Panel Keluli Bermodular (JPKB) atau lebih dikenali sebagai Jambatan Bailey.

“Komponen-komponen Jambatan Bailey mula dipasang pada 5 Januari 2024 menggunakan khidmat tenaga secara jabatan telah siap sehari lebih awal daripada tarikh jangkaan 10 Januari 2024. Seramai 54 kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) dari Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, JKR Jajahan Jeli, JKR Jajahan Machang, JKR Daerah Temerloh dan JKR Daerah Kinta telah bergabung tenaga bertungkus-lumus menyiapkan jambatan sepanjang 30 meter tersebut.

Jambatan tersebut dibina bagi memastikan pengguna jalan raya terutamanya penduduk setempat tidak terputus hubungan sebelum kerja-kerja pembinaan pembetung kekal dilaksanakan. JKR akan memulakan pelaksanaan kerja-kerja pembinaan pembetung kekal di lokasi tersebut setelah menerima peruntukan dengan jangkaan siap sebelum
musim perayaan Aidil Fitri.” kata kenyataan tersebut.

Bagi memastikan kelancaran trafik, JKR telah menyediakan Pelan Pengurusan Trafik yang lengkap sebagai panduan kepada pengguna jalan raya.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation