• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Agenda Bumiputera perlu didasari tatakelola yang jelas – Anwar

Spread the love

PUTRAJAYA, 22 Januari 2024 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mempengerusikan Mesyuarat Pra Majlis Ekonomi Bumiputera pada petang tadi, yang turut dihadiri Timbalan-Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri yang berkaitan serta beberapa Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Berkaitan Kerajaan.

Menerusi satu hantaran di halaman X rasmi beliau, Anwar berkata Mesyuarat tersebut diadakan bagi mendengar taklimat dan menyinggung kedudukan serta cabaran semasa dan akan datang terkait pembangunan ekonomi Bumiputera.

“Antara lain, saya tekankan bahawa agenda Bumiputera adalah agenda nasional dan perlu sentiasa didasari tatakelola yang jelas. Syarikat Berkaitan Kerajaan perlu terus komited memainkan peranan dalam menyokong agenda nasional ini.

Mesyuarat turut membincangkan mengenai penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) yang akan diadakan pada 29 Februari hingga 2 Mac 2024.

KEB 2024 bertujuan membantu Kerajaan menetapkan hala tuju dan pendekatan baharu serta penambahbaikan agenda Bumiputera yang adil, saksama dan inklusif.” kata Anwar.

Ujarnya lagi, Mesyuarat turut mendengar pandangan awal yang dibentangkan oleh Pengerusi-pengerusi kluster sesi libat urus yang telah ditubuhkan bagi tujuan KEB 2024.

“Banyak isu di lapangan dan cadangan bernas yang dilontarkan. Saya menyambut baik kerjasama strategik yang diwujudkan dan menekankan kepentingan penyelarasan antara kementerian dan agensi yang berkaitan dalam melaksanakan dasar-dasar Kerajaan.” kata Anwar

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation