KUALA LUMPUR, 27 Februari 2024 – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) bersama rakyat Malaysia berhimpun di hadapan bangunan keramat Parlimen Malaysia dengan niat untuk menyuarakan tuntutan utama rakyat kepada seluruh Ahli Parlimen.
Perhimpunan itu adalah aksi pertama Bersih untuk mengingatkan Kerajaan Madani, dan juga Ahli-Ahli Parlimen yang berkempen atas manifesto untuk mereformasikan negara, bahawa rakyat tidak akan berdiam diri dan akan terus mendesak supaya agenda reformasi pilihan raya dan reformasi institusi dilaksanakan.
“Bersih menegaskan Parlimen adalah institusi keramat yang menjadi nadi kepada usaha reformasi khususnya dalam membawa agenda tatakelola yang baik dalam negara.” kata Bersih di dalam satu kenyataan.
Justeru, Bersih bersama rakan-rakan NGO yang lain menekankan tiga agenda besar yang harus dibawa oleh kerajaan serta Ahli Parlimen.
1. Tuntut pelaksanaan agenda reformasi 100% khususnya dalam sistem pilihan raya dan institusi utama. Bersih mendesak Kerajaan untuk menyediakan garis masa dan pelan perancangan (road map) pelaksanaan agenda reformasi berasaskan urutan keutamaan demi kebaikan rakyat. Antara tuntutan segera adalah termasuk menambah baik kaedah pelantikan Pengerusi SPR dengan melibatkan Jawatankuasa Parlimen supaya semua pihak boleh membahaskannya secara demokratik dan inklusif, reformasi Akta Kesalahan Pilihan Raya, dan reformasi Parlimen. Semua ini ada di dalam janji manifesto Pakatan Harapan
2. Tolak DNAA terhadap mana-mana ahli politik yang sedang dibicarakan dengan kes rasuah dan salah guna kuasa. Kerajaan perlu mempertahankan dan mengangkat kedaulatan undang-undang serta jangan sesekali mencampuri proses perbicaraan mahkamah dengan menggugurkan kes. Dalam masa sama, Perdana Menteri dan Peguam Negara perlu meletakkan dasar moratorium untuk pemberian DNAA ke atas kes-kes rasuah terutamanya melibatkan ahli-ahli politik.
3. Tolak undang-undang dua darjat. Bersih dan rakyat Malaysia masih menunggu apakah alasan disebalik mengapa kes Najib Razak didahulukan berbanding ratusan kes lain yang sedang didengari untuk diampunkan.
“Bersih menggesa agar tuntutan ini dipandang serius oleh Kerajaan Madani dan Ahli-Ahli Parlimen terutamanya backbencher untuk terus mendesak pelaksanaan reformasi dalam negara.
Kita perlu mencipta dan mencari ruang terbaik kepada pelaksanaan agenda Reformasi 100 Peratus ini yang perlu melibatkan semua pihak, demi mengukuhkan institusi awam dan demokrasi berparlimen dalam fasa transisi demokrasi negara.” tegas Bersih.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment