Pendekatan Akmal boleh membenihkan Ekstrimisme – Sheikh Umar

Spread the love

JOHOR, 1 April 2024 – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali melahirkan rasa bimbang terhadap pendekatan Ketua Pemuda UMNO, Muhamad Akmal Saleh dalam mendepani isu ‘stokin kalimah Allah’ mutakhir ini hanyalah akan menggalakkan Islam ekstrim.

Dalam satu kenyataan semalam, Sheikh Umar berkata bahawa beliau tiada mempunyai sebarang masalah dengan niat Akmal yang ‘mahu mempertahankan Islam dari dihina’. Bahkan beliau percaya, masyarakat Islam umumnya berkongsi rasa yang sama.

“Namun bagi saya, cara serta pendekatan beliau yang kadangkala bernuansa provokatif adalah tidak bertanggungjawab serta berlebihan.

Ini bahaya. Atas nama ‘mempertahan kesucian agama’, tanpa disedari pendekatan beliau boleh membenihkan ekstrimisme. Ini bukan apa yang diajarkan oleh Islam. Islam menitik beratkan seruan yang berhikmah, nasihat tauladan yang baik serta perbahasan yang bernas sepertimana ayat 125 surah An-Nahl.

Namun pada hemat saya, Akmal membawa pendekatan sebaliknya. Pendekatan yang boleh mendorong masyarakat Islam di negara ini bertindak ganas atas nama agama.” kata Shelkh Umar.

Tambah Sheikh Umar, rakyat telah dikejutkan dengan dua serangan bom di KK Mart. Katanya lagi, Akmal mungkin tidak sedar bahawa setiap tindakan, kenyataan dan seruan berlebihan yang beliau keluarkan dalam isu ini nampaknya boleh memangkin lebih banyak tindakan-tindakan ganas luar jangka antara rakyat berbilang agama meskipun beliau tidak menginginkannya.

“Saya harap Akmal ambil pengajaran daripada peristiwa Amanat Haji Hadi 1981. Ketika itu, PAS mendakwa UMNO mengekalkan perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliyah. PAS menggunakan hujah ‘mempertahankan Islam’ yang sebenar.

Namun tanpa disedari implikasinya, masyarakat terpecah belah. Suami isteri bercerai berai, solat jemaah dilaksanakan 2 imam berasingan, setengah muslim tidak makan sembelihan muslim yang lain, dan sebagainya. Akmal perlu belajar agar lebih berjati-hati, mengutamakan jalan damai dan tidak mengambil peluang menunggang sentimen keagamaan secara semberono.” ujar Sheikh Umar.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation