Cara pengamalan politik lama harus diubah – Tiong King Sing

Spread the love

SARAWAK, 13 April 2024 – Presiden Parti Demokratik Progresif, Dato’ Seri Tiong King Sing menzahirkan rasa besar hati beliau dengan keputusan Parti Sarawak Bersatu (PSB) menyertai parti pimpinan beliau baru-baru ini.

Kata Tiong dalam satu hantaran di Halaman Facebook rasmi beliau hari ini, beliau yakin penggabungan kedua-dua parti akan memperkukuhkan lagi kekuatan masing-masing serta membina kerjasama erat antara pihak-pihak yang terlibat.

“Keputusan penggabungan ini perlu diterima dengan positif dan saya menyeru semua ahli parti menyambut baik penyertaan PSB demi memastikan kedudukan parti yang lebih terjamin pada masa depan.

Dengan penuh harapan, saya ingin melihat ahli parti dari kedua-kedua belah pihak menjalinkan kerjasama yang erat bagi terus memperkasakan parti.

Marilah kita saling berganding bahu untuk mengukuhkan kedudukan PDP!” ujar Tiong yang juga merupakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)dan Ahli Parlimen Bintulu.

Beliau turut berkata bahawa cara pengamalan politik lama harus diubah.

“Kita perlu mempraktikkan corak politik yang matang dan menyeluruh demi kepentingan rakyat. Kehadiran PSB dalam PDP akan membawa impian ke arah kestabilan parti dan politik Sarawak secara keseluruhan menjadi satu kenyataan.” ujar Tiong.

“Mari kita terus bekerjasama demi mencapai corak politik yang harmoni tanpa mengira bangsa dan latar belakang! Kepentingan rakyat perlu sentiasa menjadi keutamaan dalam perjuangan parti kita.” kata Tiong.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation