Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan operasi penguatkuasaan di sebuah premis tidak bernama yang merupakan kilang memproses sisa elektronik atau ‘e-waste’ di Klang, Selangor pada 16 Mei 2024.
Menurut Ketua Pengarah JIM, Dato’ Ruslin Jusoh, operasi yang bermula pada jam 1.30 tengah hari itu melibatkan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Pencegahan ATIPSOM & AMLA dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.
Katanya, operasi tersebut dijalankan berdasarkan aduan awam berkaitan kilang yang disyaki beroperasi secara haram dan turut menggajikan warga asing dengan kemungkinan terdapatnya elemen eksploitasi pemerdagangan orang.
“Operasi serbuan menggunakan pendekatan siasatan awal mengenalpasti mangsa pemerdagangan orang berpandukan kepada National Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI) 2.0.
Seramai 35 warganegara asing telah diperiksa dalam operasi ini dan hasil pemeriksaan JIM telah menahan seramai 33 warganegara asing terdiri daripada dua lelaki warganegara China, 27 lelaki warganegara Myanmar, dua lelaki warganegara Cambodia, seorang wanita warganegara Myanmar dan seorang wanita warganegara Cambodia.
Kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan umur 19 hingga 40 tahun yang bekerja dan tinggal di ruang kilang yang dijadikan asrama sejak empat bulan lalu. Kesemua warganegara asing ini tidak memiliki dokumen perjalanan sewaktu ditahan dipercayai disimpan oleh pengusaha kilang yang disyaki merupakan warganegara China.” kata Ruslin.
Mengulas lanjut, Ruslin berkata Modus Operandi kilang itu adalah memproses sisa e-waste yang melibatkan proses peleraian dan pengasingan bahan berbahaya dengan logam berharga.
Katanya, berdasarkan invois yang ditemui, sisa e-waste yang diterima hanya dalam jumlah kapasiti tertentu yang akan dipastikan boleh diproses dan disiapkan dalam tempoh seminggu kerana proses tersebut hanya boleh diselia oleh pekerja warganegara China yang berkemahiran.
“Bagi mengaburi aktiviti ini, warganegara China tersebut akan beralih ke kilang-kilang lain yang menjalankan aktiviti sama sebelum keluar meninggalkan negara ini. Hasil keuntungan dipercayai boleh mencecah sekitar RM300,000 hingga RM500,000 setelah barangan siap dikitar semula.
Berdasarkan risikan dan maklumat yang diperolehi daripada warganegara asing yang ditahan, disyaki syarikat yang menjalankan kitar semula e-waste ini didaftarkan kepada warganegara Malaysia tetapi diuruskan secara proksi oleh warganegara China.” kata Ruslin.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment