• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Dua syarikat tempatan terima SST, kendalikan projek Kampung Angkat Madani KKR

Spread the love

SONG, KAPIT, SARAWAK – Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi hari ini telah menyempurnakan majlis penyerahan Surat Setuju Terima (SST) kepada dua (2) Kontraktor yang terpilih untuk mengendalikan pelaksanaan projek Kampung Angkat MADANI (KAM) Kementerian Kerja Raya.

Menurut Kementerian Kerja Raya (KKR), kedua-dua syarikat yang terpilih merupakan syarikat tempatan yang berpangkalan di Kapit Sarawak dan berpengalaman dalam melaksanakan projek di kawasan pedalaman dan memahami cabaran yang bakal dihadapi dari segi bekalan bahan binaan, keperluan tenaga kerja dan logistik.

Syarikat tersebut adalah Syarikat Bumi Mas dan Syarikat Smartech Resources di mana skop kerja yang telah ditetapkan dan dipersetujui meliputi lima (5) projek fizikal yang merangkumi pembinaan jambatan pejalan kaki, pemasangan lampu solar, menaik taraf pondok menunggu di jeti dan menaik taraf laluan pejalan kaki yang menghubungkan tiga (3) rumah panjang.

Kredit Foto : UKK KKR

“Projek ini dijangka bermula pada bulan Ogos 2024 dan akan mengambil masa sekurangkurangnya dua belas (12) bulan untuk disiapkan.

Perkampungan Nanga Engkuah di Ulu Katibas, Song, Sarawak yang dicadangkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) telah diberikan kelulusan oleh Kementerian Kewangan (MoF) bagi tujuan tersebut di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.

Perkampungan Nanga Engkuah, Ulu Katibas adalah perkampungan rumah panjang di kawasan pedalaman terletak lebih kurang 50 km dari Pekan Song yang hanya boleh diakses melalui jalan sungai yang mengambil masa 3 jam dari Pekan Song bergantung kepada cuaca dan paras air. Terdapat 3 buah rumah panjang (RH) di kampung ini iaitu RH Assan, RH Radiah dan RH Albert Lajong dengan jumlah penduduk seramai 658 orang.” kata KKR.

Majoriti penduduk kampung adalah terdiri daripada etnik Iban. Kegiatan ekonomi tempatan penduduk kampung adalah terdiri daripada pekerjaan di sektor awam dan swasta, penternakan kecil-kecilan dan perikanan. Terdapat sebuah Sekolah Rendah Kebangsaan Nanga Engkuah, sebuah Klinik Kesihatan Nanga Engkuah dan sebuah Substesen Pertanian yang terletak tidak jauh dari kampung ini.

“Pelaksanaan projek-projek ini akan membawa manfaat kepada penduduk kampung kerana keadaan jambatan sedia ada yang merupakan laluan penghubung di antara Rumah Panjang berada di dalam keadaan usang. Selain daripada itu, pemasangan lampu jalan amat diperlukan oleh penduduk kampung kerana kampung tersebut tidak mempunyai lampu jalan untuk menerangi kawasan kampung pada waktu malam. Keseluruhanya bila projek ini siap akan dapat memartabatkan Perkampungan Nanga Engkuah ke arah pembangunan yang lebih mampan dan holistik serta memberikan keselesaan kepada penduduk kampung pada masa hadapan.” tambah KKR.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation